Penglibatan PAS Dalam Program Kerajaan Wajar Dipuji

Diterbitkan: Rabu, 3 Mei 2017 8:05 PM

Abdul Hadi Awang

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Penglibatan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam beberapa program kerajaan wajar dicontohi dan dipuji kerana ia menunjukkan kematangan beliau dalam politik.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri A. Latiff Awang berkata terbaru, Hadi yang juga anggota Parlimen Marang akan turut serta dalam program pelepasan tukun ‘Ring To Reef’ (R2R) dan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Jabatan Perikanan dan Petronas di perairan Pulau Kapas pada Khamis.

Program tersebut akan berlangsung bersama-sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

"Dengan kehadiran beliau, ia menunjukkan suasana politik lebih baik dan lebih tenang...Umno sendiri sedia menerima siapa sahaja yang sanggup bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN), yang penting rakyat perlu diutamakan. Abdul Hadi dilihat menyahut seruan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Kita boleh bersaing dalam politik tetapi tidak bermusuh...kenyataan beliau akhir-akhir ini juga menunjukkan beliau memberi sokongan terhadap agenda kerajaan yang memberi manfaat kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat mingguan Exco.

Sebelum ini, Abdul Hadi bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut serta dalam program ‘Himpunan Selamatkan Rohingya’ pada November dan mengunjungi Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA2016) anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Serdang, Disember, tahun lalu.

Selain itu, Abdul Hadi yang juga ADUN Rhu Rendang, turut membentangkan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 yang mendapat sokongan kerajaan dan bakal dibahaskan di Parlimen pada Julai ini.

Latiff yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan turut berbangga dengan adanya program pelepasan tukun ke perairan Marang itu kerana mampu meningkatkan pendapatan di kalangan 2,000 nelayan aktif (vesel) yang telah mendaftar dengan Jabatan Perikanan.

"Kawasan itu telah dilabuhkan tukun konkrit oleh Jabatan Pertanian dua tahun lepas dengan kerjasama Jabatan Perikanan dan ia dijangka akan meningkatkan pembiakan ikan.

"Sebahagian besar penduduk Marang tinggal di kawasan pesisir pantai bermula dari Jambu Bongkok sehingga ke Rusila yang banyak mengusahakan hasil daripada laut,” katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: PAS , Datuk Seri Abdul Hadi Awang

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan