Pemuda PAS Bantah Konsert Megadeth

Diterbitkan: Rabu, 3 Mei 2017 3:34 PM

Hishamuddin Abdul Karim

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemuda PAS mempersoalkan kelulusan yang diberikan kepada band 'heavy metal' dari Amerika Syarikat, Megadeth yang akan membuat persembahan pada Khamis selepas ia diharamkan tahun 2001.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata kelulusan konsert itu tanpa mengambil kira kesan band tersebut kepada penonton.

"Kami melihat perkara ini dengan serius dan ia melanggar garis panduan hiburan dalam perspektif Islam yang diterbitkan oleh Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan disahkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada mesyuarat ke-107 pada Februari 2015," kata Hishamudin dalam satu kenyataan,Rabu.

Bagaimanapun beliau menafikan bahawa parti itu mempunyai apa-apa kaitan dengan poster yang tersebar di media sosial menampilkan Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi menjemput orang ramai untuk membantah konsert itu.


"Saya ingin menyatakan bahawa poster adalah bertujuan untuk menjatuhkan pemimpin kita dan beliau tidak terlibat," katanya.

Konsert Megadeth diadakan bagi menyokong album terbaharu, Dystopia yang pertama bagi kumpulan itu dalam tempoh tiga tahun, manakala yang ke-15 keseluruhannya.

Album tersebut memenangi Anugerah Grammy Ke-59 bagi Persembahan Metal Terbaik.

Megadeth ditubuhkan pada tahun 1983, terdiri daripada vokalis dan pemain gitar Dave Mustaine, pemain bass  David Ellefson, Kiko Loureiro (gitar) dan Dirk Verbeuren (pemain drum).

Tags / Kata Kunci: Pemuda PAS , Hishamuddin Abdul Karim

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan