Empat Adun PKR Lompat Parti: Strategi Tutup Isu Pecat, Adam Rosly

Diterbitkan: Rabu, 3 Mei 2017 6:47 PM

Jamal Md Yunos

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dakwaan empat Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR akan keluar parti bagi menubuhkan kerajaan campuran baharu di Selangor adalah strategi Menteri Besar Selangor untuk menutup isu pemecatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang Datuk Adam Rosly Abdullah.

Ketua Bahagian Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bertindak demikian setelah kepimpinan tertinggi PKR ingin memecat Adam Rosly daripada jawatan politiknya susulan beliau disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kekayaan ‘luar biasanya’.

Jamal berkata beliau menerima makluman Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli membawa usul untuk memecat atau menggantung Adam Rosly daripada AMK Ampang.

"Tetapi Azmin Ali terlebih dahulu memainkan isu bahawa ada empat orang wakil rakyat dari Selangor akan melompat parti yang mana kerajaan negeri Selangor akan kehilangan kerajaan apabila PAS memutuskan hubungan dengan PKR.

"Jadi apabila Azmin membawa perkara tersebut, maka senyaplah agenda untuk memecat saudara Adam atau menggantungnya kerana menghadapi pertuduhan oleh SPRM," kata Jamal, yang juga Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia, kepada pemberita di lobi Mahkamah Ampang, Rabu.

Jamal dan sembilan pengikutnya hadir di Mahkamah Ampang bagi prosiding sebutan semula kes yang dihadapi mereka, iaitu menggunakan kekerasan dalam satu kejadian di Ampang Point, November lalu.

Sehubungan itu Jamal menasihatkan Umno Selangor agar tidak mempercayai dakwaan lompat parti itu kerana ia tidak benar dan hanyalah strategi pembangkang yang cuba membuat Umno berasa selesa dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Ini sebenarnya sengaja direka oleh Azmin nak bagi orang Umno, orang Barisan Nasional (BN) ‘syok’ supaya mereka ni lalai, alpa daripada kerja, tanggungjawab yang sepatutnya untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Saya nak ingatkan rakan-rakan daripada BN, Umno jangan termakan dengan perkara ini," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Adun PKR , Adam Rosly

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan