Seorang Daripada 20 Amah 'Hilang'

Diterbitkan: Selasa, 2 Mei 2017 9:19 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kes pembantu rumah hilang bukan lagi luar biasa bagi penduduk bandar di negara ini kerana kes seperti ini didengari hampir setiap hari.

Kira-kira seorang daripada 20 pembantu rumah didapati akan 'hilang', apabila mereka melarikan diri daripada majikan masing-masing.

Anggaran ini diberikan oleh beberapa agensi di sini yang membawa masuk pekerja domestik.

"Terdapat lebih daripada 250,000 pembantu rumah domestik yang berdaftar di Malaysia.

"Daripada jumlah ini seramai 1,250 pembantu rumah akan melarikan diri," kata Presiden Persatuan Majikan Amah Malaysia (Mama) Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein.

Katanya, jumlah itu adalah satu angka yang besar.

"Ia adalah satu kebimbangan serius. Dan, bagaimana pula dengan pekerja domestik hilang yang tidak dilaporkan?

"Walaupun hanya seorang pembantu rumah melarikan diri ia adalah satu isu besar kerana ia memang tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Engku Ahmad Fauzi berkata pembantu rumah ini 'hilang' biasanya disebabkan majikan yang melakukan penderaan, diperdaya oleh agensi mengenai bidang tugas, persekitaran kerja yang tidak baik, peluang lebih baik di tempat lain dan mahukan kebebasan.

Beliau berkata, beberapa usaha perlu dilakukan untuk mengatasi masalah pembantu rumah melarikan diri.

"Majoriti mereka ingin mendapatkan pendapatan dengan cara baik. Memang, ada antara mereka yang 'tidak baik', mempunyai motif lain tetapi sesetengah daripada mereka juga ditipu oleh agensi," katanya.

Tambahan pula, beliau berkata, majikan perlu membayar antara RM12,000 dan RM14,000 untuk mendapatkan khidmat pembantu rumah asing.

"Dan tidak ada jaminan bahawa orang itu tidak akan melarikan diri," katanya.

Beliau mengingatkan bahawa majikan yang menggaji pembantu rumah melalui agensi-agensi haram yang mengenakan caj lebih rendah, akan berdepan risiko lebih tinggi.

"Jika berlaku apa-apa, majikan tidak dapat mengambil tindakan undang-undang," katanya.

Penolong Pengurus Agensi Pekerjaan Cosmoten Alice Leong berkata kebarangkalian untuk pembantu rumah lari dari agensi itu adalah lebih kurang sekitar lima peratus.

Beliau percaya bahawa pembantu rumah dari bandar-bandar besar di Indonesia mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi untuk 'lari'.

"Mereka telah merasai kehidupan bandar dan telah bercampur dengan pelbagai orang berbanding mereka yang tinggal di luar bandar yang lebih tenang."

Seorang pekerja di sebuah agensi mencari pekerja di Puchong, Selangor, berkata pembantu rumah domestik hanya mahu mencari rezeki semata-mata.

Jadi, jika mereka melarikan diri, beliau percaya ia berpunca daripada sikap majikan.

Beliau memberi beberapa contoh faktor seperti bayaran tidak tepat masa, makanan tidak sempurna, tidak dibenarkan bercakap dengan keluarga mereka dan tidak diberi masa rehat yang cukup.

"Jika kita melayan mereka sebagai sebahagian daripada keluarga, mereka sudah tentu tak akan lari. Mesti ada sebab mengapa mereka melarikan diri," katanya.

Katanya, pembantu rumah adalah pencari nafkah untuk keluarga, jadi mereka memerlukan gaji tepat pada masanya.

Beliau berkata, agensi itu telah membawa masuk kira-kira 120 pekerja domestik pada 2015.

"Daripada jumlah itu kurang dari lima peratus telah 'hilang'," katanya.

Seorang pegawai perhubungan pelanggan di Agensi Pekerjaan Chand mempunyai pandangan sama bahawa pembantu rumah hanya akan melarikan diri apabila mereka tidak dibayar.

"Kadang-kadang majikan tidak beri gaji kepada mereka. Dan timbul juga salah faham, biasanya inilah masalahnya," katanya.

Pengarah Tenaganita Aegile Fernandez berkata kesedaraan rakyat Malaysia tentang penderaan yang berlaku di rumah semakin meningkat.

"Jiran-jiran atau saudara-mara kepada majikan ini akan melaporkan kepada pihak berkuasa apabila mereka melihat berlakunya penyalahgunaan.

"Oleh itu, rakyat Malaysia dapat membantu pekerja-pekerja domestik ini mendapatkan bantuan," katanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, ketika dihubungi berkata kes-kes pembantu rumah melarikan diri adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Imigresen.

"Kami menerima laporan polis berhubung pembantu rumah yang melarikan diri tetapi ia di bawah tanggungjawab Imigresen," katanya.

Tags / Kata Kunci: pekerja asing , amah , Engku Ahmad Fauzi

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan