'Saya Difitnah' - Pengarah Kejohanan Catur

Diterbitkan: Selasa, 2 Mei 2017 9:36 PM

(Ubah saiz teks)

GOMBAK: Pengarah Kejohanan Catur Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan 2017 menafikan terlibat dengan penarikan diri seorang peserta perempuan berkaitan dengan pakaian yang tidak 'senonoh'.

Menurut Sophian A.Yusof ketika sidang media pada Selasa, dia tidak pernah terlibat dalam perbualan bersama peserta atau ibunya pada kejohanan tersebut.

Dia juga mendakwa telah menerima ugutan bunuh berikutan insiden tersebut.

"Saya telah difitnah," jelasnya.

Malah Sophian juga turut menafikan telah mengguna bahasa 'menggoda' bagi menjelaskan pakaian peserta perempuan itu.

Sophian memberitahu, dia telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berikutan status Facebook yang dimuatnaik oleh jurulatih peserta perempuan itu.

Sebelum ini dilaporkan mengenai gambar yang dikatakan Sophian A Yusof tersebar di media sosial bersama mesej berang yang mendesaknya meletak jawatan.

Hasil pemeriksaan mendapati sekeping gambar yang didakwa ialah Sophian yang juga penolong setiausaha Persekutuan Catur Malaysia (MCF).

Keterangan gambar itu berbunyi: “Dia perlu dibuang daripada jawatannya sebagai penolong setiausaha Persekutuan Catur Malaysia. Dia memalukan negara.”

Ia berpunca apabila ketua pengadil memberitahu bahawa pakaian yang dipakai peserta perempuan itu terlalu singkat dan tidak dibenarkan untuk meneruskan permainan pada pusingan seterusnya.

Ibu mangsa, Chin Wai Ling berkata, pengarah kejohanan itu memberitahunya lebih kurang pukul 10 malam dan kedai telah tutup.

Jadi dia tidak mempunyai masa untuk membeli 'slack' untuk dipakai pada perlawanan keesokan harinya yang bermula pukul 9 pagi.

Peserta perempuan itu menarik diri daripada kejohanan tersebut kerana  berasa terganggu dan malu.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan