62 Pengamal Media, Bomba Lakar Sejarah Tawan ABC

Diterbitkan: Selasa, 2 Mei 2017 12:00 PM

Peserta-peserta Cabaran Annapurna 2017 Media bersama anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang gergasi sebaik tiba di Annapurna Base Camp (ABC) kira-kira 12 tengah hari waktu tempatan, Ahad.

(Ubah saiz teks)

POKHARA: Seramai 62 pengamal media dan anggota serta pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya melakar sejarah menawan Kem Pangkalan Annapurna (ABC), Nepal, pada ketinggian 4,130 meter, Ahad lepas.

Peserta pertama berjaya tiba pada 11.20 pagi waktu tempatan (Ahad) selepas bertolak dari Kem Deurali pada 7.30 pagi (Ahad) sebelum kesemua peserta berjaya tiba dengan selamat pada 2 petang, dengan ''disambut'' salji.

Ribut salji dan trek licin dengan suhu sejuk mencecah negatif lima darjah celsius semasa pertengahan pendakian semalam tidak mematahkan semangat peserta meneruskan misi Cabaran Annapurna 2017 Media dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Ia sekali gus bakal mencatat sejarah dalam Malaysia Book Of Records bagi kategori peserta paling ramai dari Malaysia berjaya menawan ABC.

Kejayaan itu disambut dengan pelbagai emosi oleh setiap peserta sehingga ramai yang mengalirkan air mata kegembiraan kerana tidak menyangka dengan pencapaian tersebut selain berkongsi pengalaman yang ditempuh sepanjang perjalanan.

Ekspedisi kali ini juga menyaksikan kumpulan ini mengibarkan Jalur Gemilang gergasi bersaiz 6 x 12 meter, seberat 11 kilogram di ABC, selain menyanyikan lagu Negaraku dan Jalur Gemilang.

Ketua ekspedisi Fazli Ahmad berkata kejayaan ini merupakan sesuatu yang amat membanggakan memandangkan peserta ekspedisi terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang pekerjaan.

"Pada peringkat awal semasa kami merancang untuk mengadakan ekspedisi ini lapan bulan lalu, ramai yang meragui kemampuan anggota jawatankuasa dan peserta sendiri untuk menjayakan misi ini.

"Namun hasil kerjasama berpasukan, semua peserta tanpa mengira kerjaya iaitu pengamal media, bomba, dan pasukan perubatan, kami berjaya sampai selepas menempuh perjalanan sejauh 41 kilometer sepanjang empat hari ekspedisi, " katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Kumpulan itu yang terdiri daripada 31 pengamal media serta 21 anggota dan pegawai bomba dan lima wakil Kementerian Kesihatan Malaysia dan lima lagi wakil belia memulakan pendakian pada Khamis lepas.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: ABC , media , bomba

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan