Johor Mahu Tubuh Jawatankuasa Pemandu Ekonomi Masa Hadapan - MB

Diterbitkan: Selasa, 2 Mei 2017 12:54 PM

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika menyampaikan ucaptama program Pemukiman Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Exco Awayday 2017, Selasa. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Ekonomi Masa Hadapan bagi menghadapi gelombang ekonomi digital dan sektor ekonomi masa hadapan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata buat masa ini kertas kerja bagi penubuhan jawatankuasa terbabit sedang disiapkan.

"Kita sedang berusaha mewujudkan ''think tank group'' dalam soal kita berhadapan ekonomi masa depan supaya Johor dapat bersedia berhadapan cabaran-cabaran mendatang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama program Pemukiman Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Exco Awayday 2017 di sini, Selasa.

Beliau berkata buat masa ini pihaknya sedang mengenal pasti pakar ekonomi yang dapat membantu memberikan idea mahupun pandangan dalam jawatankuasa terbabit.

Sekurang-kurangna 12 pakar ekonomi dari dalam dan luar negara dijangka menganggotai jawatankuasa berkenaan yang perbincangan jawatankuasa itu kelak akan turut dihadiri semua exco kerajaan negeri, supaya mereka juga memahami cabaran ekonomi yang semakin berubah.

Menurut Mohamed Khaled, penubuhan jawatankuasa pemikir ekonomi itu merupakan antara empat fokus utama kerajaan yang akan dilaksanakan tahun ini.

Selain mencari jalan bagi menghadapi gelombang ekonomi digital, tiga fokus kerajaan negeri yang lain ialah memastikan pelaksanaan semua titik sentuhan Bajet Johor 2017 serta tahun sebelumnya, menjayakan Pelan Pertumbuhan Strategik Johor dan Pelan Pertumbuhan Daerah serta menyiapkan Laporan Pembangunan Johor 2016 dengan kerjasama badan pemikir Bait Al Amanah. -Bernama

Tags / Kata Kunci: MB Johor , ekonomi

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan