Siapa Makan Dedak, Orang Umno Tahulah - Hadi Awang

Diterbitkan: Selasa, 2 Mei 2017 8:41 AM

Datuk Seri Abdul Hadi Awang. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: PAS masih kekal dengan konsep perjuangan asal untuk terus istiqamah dan mengamalkan politik perdamaian.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kesan daripada perjuangan PAS itu telah berjaya meranapkan budaya menghina Islam sehingga menawan hati orang Islam dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

“Kita istiqamah, kita tak makan dedak.

"Siapa yang makan dedak, orang Umno tahulah,” katanya, pada ucapan penangguhan, Isnin.

Menurutnya, politik perdamaian membolehkan PAS berdebat secara bersahabat dan mendepani politik secara matang.

"Lawan politik cara bodoh, bukan politik Islam, itu ditinggalkan.

"Kita tekankan dakwah gerakan Islam dalam PAS, status itu tidak akan ubah,” katanya. -Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: Hadi Awang , makan dedak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan