Elak Aktiviti Luar Ketika Petir - Meteorologi

Diterbitkan: Selasa, 2 Mei 2017 8:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti  di luar bangunan atau rumah ketika berlaku hujan lebat  bagi mengelakkan risiko panahan petir.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi, Dr Mohd Rosaidi Che Abas  berkata  negara kini berada dalam fasa peralihan monsun bermula sejak pertengahan Mac lepas yang dijangka  berterusan sehingga Mei ini.

“Keadaan angin lemah dari pelbagai arah serta menggalakkan pembentukan awan ribut petir dan kekerapan hujan lebat berlaku terutama di sebelah petang dan awal malam. Situasi ini (ribut petir dan hujan) kebanyakan berlaku di kawasan di negeri-negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung, pantai barat Sabah, kawasan barat dan tengah Sarawak,” katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kekerapan hujan sehingga menyebabkan banjir kilat yang berlaku sejak kebelakangan ini di beberapa kawasan terutamanya di sekitar Lembah Klang dan beberapa kawasan di Selangor berikutan cuaca tidak menentu.

Kata beliau, negara akan mengalami Monsun Barat Daya selepas peralihan monsun dijangka berakhir menjelang minggu kedua Mei ini.

“Monsun Barat Daya dijangka berterusan sehingga September, secara relatifnya jumlah hujan turun semasa monsun ini (Barat Daya) kurang berbanding musim-musim lain,” kata Dr Mohd Rosaidi.

Menurutnya, faktor kelembapan udara yang tinggi dan penumpuan angin di paras rendah selain ketidakstabilan atmosfera menggalakkan pembentukan awan ribut petir, menyebabkan situasi berkenaan itu berlaku.

Semasa peralihan monsun ini, kejadian ribut petir disertai kejadian kilat dan angin kencang kerap berlaku, katanya.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Ribut Petir , Elak Aktiviti Luar

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan