Agong Rasmi Pameran Raja Kita

Diterbitkan: Selasa, 2 Mei 2017 2:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sultan Muhammad V berkenan merasmikan Pameran Raja Kita di Muzium Diraja di sini sempena pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15.

Keberangkatan tiba Seri Paduka diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Pada majlis itu, Sultan Muhammad V memalu gong sebanyak tiga kali sebagai simbolik perasmian pameran.

Pameran itu yang dibuka kepada orang ramai bermula Rabu hingga 4 September menyajikan pelbagai koleksi peribadi Sultan Muhammad V termasuk Al-Quran dan rehal, set sukan menyelam, peralatan memanah, pelana kuda sukan polo dan basikal riadah baginda.

Selain barangan peribadi Seri Paduka, manuskrip seperti Misa Melayu, Taj Al-Salatin dan Sejarah Negeri Kelatan yang asal turut dipamerkan.

Empat segmen pameran disediakan iaitu pameran konvensional terdiri daripada teks, poster dan peragaan artifak serta tayangan video istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Turut disediakan kios informasi paparan sentuh mengenai alat-alat kebesaran dan maklumat Yang di-Pertuan Agong yang pertama sehingga kini serta kaedah realiti maya dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang berbentuk 3D dan 'walk through' Istana Negara lama.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Pameran Raja Kita itu adalah kali kedua diadakan di Istana Negara lama yang kini dikenali sebagai Muzium Diraja.

Pameran pertama diadakan pada 2012 bersempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Pada 24 April lepas, Sultan Muhammad V ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15 untuk memerintah Malaysia bagi tempoh lima tahun.

Baginda sebelum ini melafaz sumpah memegang jawatan pada 13 Disember 2016 bagi menggantikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan baginda pada tarikh tersebut.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Sultan Muhammad V , Raja Kita

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan