"Terima Kasih Kerajaan"

Diterbitkan: Isnin, 1 Mei 2017 6:24 PM

Abdul Hadi ketika menyampaikan ucapan penggulungannya pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Isnin.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana memberi laluan kepada parti Islam itu membentangkan Rang Undang-Undang 355 (RUU355) di Dewan Rakyat sebagai usaha memperkukuhkan kuasa mahkamah syariah.

Bagaimanapun beliau menegaskan PAS tidak akan bersetuju dengan pihak yang menentang Islam dan begitu juga dengan pihak yang menyokong penentangan perjuangan Islam.

“Ada yang menerima pendekatan ‘agree to disagree,’ tapi bagaimana kita hendak bersetuju dengan kumpulan yang melawan Islam?

"Tetapi kita berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi laluan kepada RUU355 dan sesungguhnya kerjasama ini tidak akan dilupakan," kata beliau ketika menyampaikan ucapan penggulungan dan penangguhan Muktamar Tahunan PAS Kali ke-63 pada Isnin.

Bagaimanapun, Abdul Hadi menjelaskan bahawa ucapan terima kasih kepada kerajaan itu tidak bermakna PAS dan Umno akan bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Seperti saya jelaskan sebelum ini, kerjasama (dengan kerajaan) boleh dilaksanakan atas perkara yang baik dan kebajikan.

"Tetapi perkara yang bercanggah dengan Islam, kita akan bantah dan menentang kerana itu pendirian kita yang terbuka," katanya.

Selain itu, sambil mengingatkan kembali detik-detik akhir sidang Dewan Rakyat, Abdul Hadi memberi amaran kepada pihak yang cuba mempermainkan agama Islam yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

"Saya berasa terhadap sikap dan akhlak murahan segelintir ahli Parlimen termasuk yang beragama Islam apabila melaungkan perkataan kurang ajar dan biadap ketika pembentangan RUU355 dibuat," katanya.

Tags / Kata Kunci: BN , Abdul Hadi , RUU255

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan