Syarikat 'Dua Ringgit' Di Sebalik Kerugian RM500 Juta

Diterbitkan: Isnin, 1 Mei 2017 9:42 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Syarikat 'dua ringgit' yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berada di sebalik kerugian syarikat pengendali permainan wang forex, JJPTR yang didakwa mengalami kerugian RM500 juta selepas akaunnya digodam.

Pemeriksaan The Star juga mendedahkan bahawa JJ Global Network Sdn Bhd, yang ditubuhkan pada 2015 gagal memfailkan akaun kewangan dengan SSM sejak ia ditubuhkan.

Pengasas JJPTR Johnson Lee, 28, telah disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua pengarahnya dan dilantik  sebagai setiausaha pada 22 Julai 2015.

Lee dan bekas teman wanitanya Tan Kai Lee, 24, masing-masing menguasai satu saham dalam syarikat itu.

Syarikat 'dua ringgit' itu merujuk kepada sebuah syarikat proprietari dengan modal berbayar sebanyak RM2. Ini bermakna, jika syarikat itu 'gulung tikar' pemegang saham hanya akan mengalami kerugian sebanyak RM2.

Bapa Lee, Thean Chye, 58, dan Kai Lee juga adalah pengarah sebuah syarikat lain, JJ Global Network Holdings Bhd.

Rekod SSM menunjukkan Thean Chye adalah pemegang saham terbesar, dengan 850,000 saham diikuti oleh Kai Lee, 150,001 saham, manakala Lee hanya mempunyai satu saham.

Thean Chye, yang merupakan seorang penolong profesor di Kolej Universiti Selatan di Johor, meletak jawatan pada Rabu selepas kerugian JJPTR menjadi perhatian.

JJPTR atau' Jie Jiu Pu Tong Ren' dalam bahasa Mandarin, bermaksud 'keselamatan untuk rakyat biasa' yang berpangkalan di Pulau Pinang menjadi perhatian apabila pelabur mengadu bahawa mereka tidak mendapat pembayaran yang ditetapkan pada bulan lepas.

Ahli-ahlinya telah melabur antara AS$25 dan AS$1,000 (RM110 dan RM4,400) dan dijanjikan pulangan bulanan sebanyak 20 peratus.

Lee mendakwa syarikatnya mengalami kerugian RM500 juta kerana akaunnya digodam.

JJPTR, ​​JJ Poor to Rich  dan JJ Network Global adalah tiga entiti perdagangan forex yang disenaraikan di laman web www.jjptr.com.

Syarikat itu ialah antara 288 entiti dan individu yang disenaraikan di bawah pemerhatian Bank Negara Malaysia pada 24 Februari.

Sementara itu, pejabat Change Your Life (CYL) di Icon City di sini pada Ahad dilihat tenang kerana ia telah ditutup pada hujung minggu.

Syarikat itu dikatakan sedang terhimpit dan pelabur diberi pilihan sama ada memohon bayaran balik atau menukarkan jumlah wang yang dihutang kepada mata ganjaran.

Seorang pemilik restoran berhampiran pejabat CYL berkata pejabat itu mengadakan pembukaan rasmi besar-besaran pada Februari dengan kemunculan pelbagai jenis kereta mewah.

"Ia kelihatan sangat besar dan meyakinkan. Mesti ramai yang fikir syarikat itu sangat kaya dan yakin bahawa mereka boleh berkongsi kekayaan itu dalam masa yang singkat," katanya.


Tags / Kata Kunci: JJPTR , pelaburan Forex , SSM

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan