Raja Bahrain Dianugerah Beret Merun Kehormat 10 Briged Para

Diterbitkan: Isnin, 1 Mei 2017 10:05 PM

Raja Hamad Isa Al Khalifa (tengah) dianugerahkan Beret Merun Kehormat dan Sayap Penerjunan Kehormat dari Briged 10 Para yang diserahkan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (kiri) sambil diperhatikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien (kanan) di Dataran Panglima Tentera Darat pada Isnin. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa yang kini mengadakan lawatan negara ke Malaysia, hari ini dianugerah Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged Paratrooper oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ia sebagai penghormatan dan pengiktirafan briged berkenaan kepada individu atau pemimpin tertinggi tentera atau kerajaan sama ada dari dalam atau luar negara.

Penganugerahan itu disempurnakan Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan disaksikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan barisan pegawai Tentera Darat Malaysia.

Upacara berlangsung di Dataran Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi di sini.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim; Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Lawatan negara ke Malaysia oleh Raja Hamad itu bermula Ahad hingga 3 Mei  atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. 

Ia yang pertama dilakukan ketua negara itu sejak Malaysia dan Bahrain mengadakan hubungan diplomatik pada 1974.

Terdahulu, turut diadakan persembahan demonstrasi pertahanan seperti tempur tanpa senjata, serangan menggunakan meriam serta  'tarian perang' melibatkan 25 pegawai dan 850 anggota lain-lain pangkat.

Sementara itu, Zulkiple ketika ditemui pemberita berkata 62 ketua negara dan pemimpin tertinggi tentera dari negara luar telah dianugerah Beret Merun berkenaan.

"Kita (Tentera Darat) rasa bangga kerana Raja Bahrain menerima anugerah ini sebagai simbol setiakawan antara kedua-dua negara. Ia  menjadi satu kemegahan buat 10 Briged Para," katanya. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan