PAS Siap Sedia Hadapi PRU14, Jangka Awal September

Diterbitkan: Isnin, 1 Mei 2017 2:56 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: PAS sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang dijangka diadakan tahun ini berdasarkan kepada persiapan ketara oleh semua parti-parti bertanding, kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali.

"Paling awal kita (PAS) jangkakan PRU akan diadakan pada September ini dan jika tidak ia akan diadakan sama ada awal tahun depan atau selewat-lewatnya pada Jun," katanya dalam ucapan penggulungan pada hari terakhir Muktamar PAS ke-63 di Kompleks PAS Kedah, di Kota Sarang Semut di sini, Isnin.

Beliau berkata pihaknya sudah menjelajah ke seluruh negara bagi melihat persiapan parti di setiap negeri bagi PRU14 selain mengarahkan mereka menyerahkan senarai nama calon untuk disenarai pendek.

Mustafa berkata ketika ini, paling penting adalah susunan jentera parti, selain calon yang mampu menarik sokongan pengundi untuk mengundi parti berteraskan Islam itu.

Pengalaman lampau PAS dalam menghadapi pilihan raya sudah cukup untuk mematangkan parti itu terutama apabila berhadapan dengan isu perpecahan, katanya merujuk kepada perpecahan dalaman sebelum ini dan yang terakhir apabila sejumlah anggota PAS keluar parti lalu menubuhkan Parti Amanah Negara.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Nasruddin Hassan dalam ucapan penggulungannya menyenaraikan tiga ramuan utama bagi PAS mencapai kejayaan dalam PRU14.

Beliau berkata istiqamah adalah ramuan yang perlu diberi keutamaan oleh anggota PAS terutamanya dalam menggerakkan jentera parti.

"Istiqamah itu bermaksud kekal atau lama dalam parti. Istiqamah adalah dari kata dasar qamar yang membawa maksud berdiri, proaktif menggerakkan seluruh gerak kerja parti dan bukan pasif," katanya.

Ramuan kedua ialah kesemua anggota parti perlu membuat persiapan dengan seluruh keupayaan yang ada dengan sehabis baik manakala yang terakhir adalah memohon pertolongan Allah supaya semua anggota parti diberi kesabaran dan kekuatan untuk berhadapan dengan cabaran mendatang, kata Nasruddin.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi yakin sasaran sayap itu untuk 60 peratus penggundi muda menyokong PAS untuk memenangi PRU14, mampu dicapai dengan hasil gerak kerja tersusun dan bersungguh-sungguh di belakang saf kepimpinan ulama, yang meletakan Islam sebagai asas perjuangan.

"Satu daripada objektif kita ialah untuk menguasai sekuarang-kurangnya 60 peratus undi orang muda di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen. Kami akan gerakkan anak muda dari sekarang untuk memenangi PRU14 dengan politik matang dan sejahtera," katanya.

Abdul Khalil berkata, walau apa pun yang berlaku, Dewan Pemuda PAS akan berdiri teguh di belakang kepimpinan saf yang ada walaupun terdapat segelintir pihak mendakwa PAS parti "pak lebai".

"Kita ingin menegaskan parti pak lebai inilah yang terbukti bebas daripada kekotoran politik sekular duniawi semata-mata dan sesungguhnya parti "pak lebai" inilah yang berjaya "melebaikan" golongan profesional dan aktivis, dan parti "pak lebai" ini yang menjadi benteng utama untuk mempertahankan Islam di negara ini kerana manhaj politik PAS adalah manhaj politik Islam yang meletakkan Islam di hadapan," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: PRU14 , PAS

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan