PAS Kutip Derma Kilat Biaya Kos Saman Sarawak Report

Diterbitkan: Isnin, 1 Mei 2017 11:20 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: PAS dijangka memperoleh suntikan dana sekurang-kurangnya RM4 juta bagi menampung kos guaman kes saman fitnah Sarawak Report selepas melancarkan 'derma kilat' pada pagi Isnin.

Sumbangan bagi kutipan kali ini ditetapkan minimum RM5 bagi setiap ahli parti dan sekurang-kurangnya RM100 di peringkat kepimpinan parti Islam itu.

Usaha itu dimulakan Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengingatkan perwakilan bahawa PAS tidak boleh membiarkan maruah parti tersebut dirobek selain perlu membersihan imej parti.

Beliau mengakui parti tidak mempunyai wang untuk menampung kos kes itu, lebih-lebih lagi menjangkakan perbelanjaan yang besar disebabkan kejatuhan nilai ringgit.

"Kita telah putuskan untuk meminta seluruh ahli parti supaya memberi sumbangan atas semangat kecintaan terhadap parti dengan mengharapkan sumbangan minimum RM5 setiap seorang.

"Bagi pucuk kepimpinan PAS, kita minta sumbangan wakaf sekurang-kurangnya RM100 dan dana ini diperlukan dalam tempoh sebulan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, di sini pada Isnin.

PAS mengambil keputusan meneruskan saman fitnah susulan  laporan Sarawak Report pada Ogos lalu yang mendakwa parti Islam itu menerima wang RM90 juta.

PAS dianggarkan mempunyai kira-kira 800,000 ahli dan dijangka meraih kutipan sebanyak RM4 juta sekiranya setiap ahli memberikan sumbangan minimum RM5.

Setakat ini, Tuan Ibrahim menjelaskan PAS telah membelanjakan sebanyak RM200,000 bagi menampung perbelanjaan kes tersebut.

Tags / Kata Kunci: Tuan Ibrahim , PAS , Sarawak Report

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan