PM, Isteri Hadir Majlis Kahwin Anak Salleh Keruak

Diterbitkan: Isnin, 1 Mei 2017 9:00 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor bergambar dengan pasangan pengantin, anak perempuan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak iaitu Syazeera Salleh dan Mohd Syafiee Izuddin Mohd Hanan di Kampung Likas, Ahad. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau yang tiba di sini tengah hari Ahad selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asean Ke-30 di Manila, tiba di kediaman Salleh di Kampung Likas di sini kira-kira pukul 8.30 malam dan disambut oleh Salleh dan isteri Datin Seri Raya Erom.

Hadir sama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin.

Pada majlis itu, Najib dan Rosmah turut menepung tawar pasangan mempelai Syazeera Salleh, 27, dan suaminya, Mohd Syafiee Izuddin Mohd Hanan, 28.

Turut menepung tawar ialah Musa dan isterinya serta Speaker Dewan Rakyat ,Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan isterinya Puan Sri Hadijah Teng Abdullah.

Pelakon Datuk Hans Isaac dan Vanidah Imran mengacarakan majlis tersebut yang dihadiri lebih 1,000 tetamu.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Siti Nurhaliza, Saleem, Dayang Nurfaizah dan penyanyi terkenal tempatan Jimmy Palikat serta juara Bintang RTM 2016, Rosario.

Syazeera, seorang pereka hiasan dalaman, merupakan anak kedua daripada empat beradik, manakala Mohd Syafiee, seorang jurutera merupakan anak ketiga daripada lima beradik.

Pasangan mempelai dinikahkan sendiri oleh Salleh dalam majlis tertutup pada malam 28 April lepas. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Najib Razak , Salleh Keruak , Syazeera Salleh

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan