Wanita Berhijab Gayakan Kostum Adiwira

Diterbitkan: Isnin, 1 Mei 2017 9:44 PM

Ayesha.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wanita berhijab berpakaian seperti adiwira, puteri dan kesatria bersenjatakan pedang mengambil bahagian dalam satu acara 'cosplay' di negara ini.

Kira-kira 20 wanita memperagakan kostum watak animasi dan solekan sambil memakai hijab, iaitu tudung yang dipakai ramai wanita Islam di Malaysia dalam suatu acara di sebuah pusat membeli-belah di pinggir Kuala Kumpur.

Kebanyakan peserta mengambil gambar bersama satu sama lain dan beramah mesra,  sambil berkongsi tips solekan dan kostum.

Ange, gadis warga Indonesia berpakaian kostum seperti 'Kamen rider Gaim'. Foto AFP


Nur Azlina, seorang pelajar universiti berusia 21 tahun, menggayakan pakaian 'Power Ranger' berkata, hijab tidak menghalang kemahirannya memperagakan busana malah beliau mendapat banyak reaksi positif.

"Kadang-kadang, sesetengah orang terkejut apabila melihat hijab saya tetapi ia tidak mengganggu saya. Kawan-kawan dan keluarga menyokong saya dan saya juga dijemput ke majlis hari jadi dengan berpakaian kostum.

"Saya suka ‘cosplay’ dan saya dapat ramai kawan baharu di sini dan juga dalam komuniti ‘cosplay’ antarabangsa," katanya.

Azlyna Zaina (kiri) dan Raja Muhammad Rusydi, berpakaian kostum Power Rangers. Foto AFP 


Sementara itu, Raja Muhammad Rusydi, seorang penggemar 'cosplay' berusia 20 tahun yang juga mengambil bahagian dalam acara tersebut berharap pertunjukan seperti itu dapat memupuk minat dalam kalangan wanita berjihab untuk menyertai aktiviti 'cosplay'.

"Saya sokong mereka. Kalau mereka sukakan watak kartun dan mempunyai minat, mereka patut lakukannya," katanya.

'Cosplay' merupakan singkatan untuk 'costume role-play' atau peragaan kostum, peminat berhimpun menggayakan watak siri animasi, komik atau permainan video, yang kebanyakannya daripada budaya pop Jepun.

Kegilaan 'cosplay' melanda seluruh dunia dan menjadi popular di Malaysia sejak dua dekad lalu.

Bagaimanapun, 'cosplay' berhijab baru sahaja popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini. - AFP

Tags / Kata Kunci: adiwira , kostum , cosplay

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan