Najib Harap Tindakan Agresif Duterte Mampu Tingkat Keselamatan Rantau Filipina Selatan

Diterbitkan: Ahad, 30 April 2017 9:56 AM

(Ubah saiz teks)

MANILA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap dengan tindakan Presiden Filipina Rodrigo Duterte yang lebih agresif terhadap pelampau seperti Abu Sayyaf , rantau Filipina selatan akan bertambah lebih baik keselamatannya.

"Saya telah ucapkan tahniah kepada kerajaan Filipina kerana telah berjaya membunuh seorang pemimpin Abu Sayyaf dua hari yang lalu.

"Dengan tindakan Presiden Duterte yang lebih agresif ini, kita harap rantau Filipina selatan ini akan bertambah lebih baik akan keselamatannya," katanya pada pemberita Malaysia selepas Sidang Kemuncak Asean 2017 di sini.

Mengikut beberapa laporan, pasukan marin Filipina telah membunuh seorang komander pelampau Abu Sayyaf iaitu Alhabsy Misaya.

Perdana menteri juga berkata beliau telah telah melahirkan ucapan terima kasih kepada Presiden Duterte yang telah membantu menyelamatkan lima orang warganegara Malaysia yang telah menjadi orang tebusan selama lapan bulan.

Katanya Malaysia juga telah memberi komitmen untuk terus membantu dalam proses untuk memuktamatkan ''Comprehensive Peace Plan'' yang melibatkan bangsa moro.

Di samping itu, Najib berkata isu keganasan juga telah mengambil perhatian di sidang kemuncak tersebut di mana Malaysia memberi pandangan bahawa sumbangan Malaysia termasuk program pendalikalan yang telah mencapai kejayaaan yang tinggi.

"Kejayaan ini menunjukkan bahawa kita juga boleh memberi sumbangan termasuk kita punya ''digital counter messaging center''. Oleh itu ianya perlu mendapat sokongan dan dokongan negara-negara Asean dalam usaha memerangi ancaman militan dan keganasan melampau dengan lebih berkesan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan