PAS-PKR Selangkah Lagi 'Bercerai'

Diterbitkan: Ahad, 30 April 2017 6:38 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: PAS dan PKR hanya selangkah  untuk 'bercerai' selepas usul  menamatkan tahaluf siyasi (kerjasama politik) kedua-dua parti itu mendapat sokongan penuh pada sesi perbahasan usul Muktamar Tahunan PAS ke-63 yang berlangsung di sini, Ahad.

Dibentangkan dengan penuh bersemangat oleh Zulkilfi Ismail dari Dewan Ulama PAS, usul itu mendapat sokongan PAS Pasir Mas yang memberi hujah bahawa banyak perkembangan yang kurang menyenangkan dan melanggar prinsip parti Islam itu.

Antara isi penting yang dibangkitkan Zulkifli adalah pelanggaran syarat yang berlaku sepanjang tahaluf siyasi antara PAS dan PKR.

Jelas beliau, penglibatan PKR menyokong calon Parti Amanah Negara (Amanah) dan menentang PAS dalam dua pilihan raya kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar antara pelanggaran syarat dilakukan PKR.

Tambahnya, PKR juga gagal memberi sokongan yang baik kepada usaha PAS memperkasakan Mahkamah Syariah menerusi Pindaan Akta 355 (RUU355) sebaliknya dilihat menyokong DAP untuk menentang usaha parti Islam tersebut.

"PKR juga tidak menunjukkan semangat setiakawan apabila pemimpin PKR secara terbuka mengeluarkan kenyataan yang celupar dan biadap terhadap PAS.

"Maka, sempena muktamar kali ini, kami mengusulkan supaya tahaluf siyasi antara PAS dan PKR diputuskan tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama menurut peruntukan perlembagaan PAS," katanya.

Kini hubungan kedua-dua parti itu hanya akan ditentukan oleh Majlis Syura Ulama sama ada mahu meneruskan atau menghentikan kerjasama politik antara PAS dan PKR bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) yang semakin hampir.

Usul tersebut antara lima usul yang dibahaskan pada Muktamar Tahunan PAS ke-63 dan diterima sebulat suara oleh keseluruhan perwakilan.

Antara usul lain yang diterima adalah Usul Antarabangsa: Bebaskan Baitulmaqdis, Usul Tahaluf Siyasi, Usul Keselamatan: Menjaga Sensitiviti Agama dan Kaum, dan Usul GLC: Felda dan Tabung Haji.

Bagaimanapun Usul Organisasi dan Pemeriksaan Parti: Memperkemas Proses Pemilihan ditolak dan ditarik semula oleh perwakilan PAS Bukit Katil selepas mendapat bantahan daripada perwakilan Pengkalan Chepa dan Kuala Kedah.

Bantahan itu dibuat selepas usul itu didapati melanggar Perlembagaan PAS yang tidak membenarkan pemimpin tertinggi parti tersebut termasuk Presiden untuk melantik mana-mana ahli memegang jawatan tanpa mengikut syarat pelantikan menerusi persetujuan di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat agung tahunan atau muktamar.

Secara keseluruhannya, sebanyak 13 usul dikemukakan pada muktamar yang berlangsung di Kompleks PAS Kota Sarang Semut di sini, dan lapan daripadanya diterima tanpa bahas.

Berikut adalah lapan usul tersebut:

1. Usul Agama: Menangi Islam Liberal (Usul PAS Kawasan Kuala Krau)

2. Usul Integriti: Memperkasa SPRM (Usul PAS Kawasan Indera Mahkota)

3. Usul Pilihan Raya: Pertandingan PRU Di Kerusi PKR (Usul PAS Kawasan Kota Raja dan Kuala Terengganu)

4. Usul Pendidikan: Integrasi Sistem Pendidikan PAS (Usul PAS Kawasan Selayang)

5. Usul Ekonomi: Mendesak Kerajaan Malaysia Menjaga Kebajikan Rakyat Dengan Menangani Cabaran Kesempitan Hidup Dengan Lebih Berkesan (Usul Dewan Muslimat PAS Malaysia)

6. Usul Akta Pentadbiran Harta Pusaka Islam (Dewan Ulama PAS Pusat)

7. Usul Politik: Perdana Menteri Islam (Dewan Ulama PAS Pusat)

8. Usul Integriti Nasional: Skandal 1MBD dan SRC International (Usul PAS Kawasan Putrajaya)

Tags / Kata Kunci: PAS , PKR

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan