12 Mangsa Ribut Dibenarkan Pulang

Diterbitkan: Ahad, 30 April 2017 8:04 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Kedah mengesahkan 12 mangsa yang cedera petang Sabtu akibat ribut melanda di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut yang menjadi lokasi Muktamar PAS ke-63, dibenarkan pulang pada Ahad.

Pengarahnya, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, setakat jam 5 petang ini, hanya seorang wanita berusia 44 tahun masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sementara menunggu untuk menjalani pembedahan pada bahagian buku lali kanannya.

Dalam kejadian kira-kira 7.25 petang semalam, seramai 13 daripada 20 mangsa berusia 12 hingga 66 tahun dikejarkan ke HSB setelah mengalami kecederaan akibat terkena besi khemah utama tapak pameran dan jualan kompleks tersebut, manakala selebihnya dirawat di lokasi kejadian.

"Seramai 47 anggota perubatan dan kesihatan terlibat, dan sejumlah 14 buah ambulans dan sebuah van Rapid Response Vehicle telah digerakkan bagi bantuan kecemasan yang bermula 7.50 malam sebelum ia ditamatkan pada pukul 11.15 malam oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)," katanya menerusi kenyataan.

Angin kencang dan hujan yang berlaku selama 30 minit menyebabkan khemah yang menempatkan gerai pameran dan jualan Kelab Keusahawanan Haraki (Ku-Haraki) runtuh dan ketika kejadian, dianggarkan 3,000 orang memenuhi tapak perniagaan kompleks berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Muktamar PAS

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan