JJPTR: Pelabur Warga Emas Pandu Dari KL Cetus Kekecohan

Diterbitkan: Ahad, 30 April 2017 9:40 AM

Orang ramai melihat kekecohan yang dicetuskan lelaki warga emas itu (kanan).

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang warga emas yang melabur AS$1,000 (RM4,341) dalam JJPTR sanggup memandu dari Kuala Lumpur semata-mata untuk pergi ke ibu pejabat skim tersebut di Jalan Perak dekat sini untuk mengetahui secara terperinci mengenai kedudukan syarikat berkenaan.

Lelaki berusia 67 tahun itu yang enggan namanya didedahkan berkata dia mahu bertemu kakitangan JJPTR kerana mendakwa pejabat syarikat itu di Kuala Lumpur telah ditutup semasa kunjungannya sebanyak enam kali ke sana.

Dia juga terlibat dalam satu pertelingkahan dengan teman lelaki seorang kakitangan wanita syarikat itu pada Sabtu.

Lelaki itu tiba di pejabat tersebut kira-kira pukul 12.45 tengah hari dan mahu mengikut kakitangan wanita tersebut yang tiba pada pukul 12.55 tengah hari masuk ke dalam premis sebelum pejabat dibuka pukul 1 tengah hari.

Apabila wanita itu menegaskan dia perlu menunggu sehingga pukul 1 petang, lelaki tersebut bertindak menengkingnya.

Akibatnya berlaku pertelingkahan antara pelabur itu dan teman lelaki wanita berkenaan.

Teman lelaki wanita itu meminta pelabur tersebut supaya tidak memarahi kekasihnya kerana dia hanya bekerja dengan syarikat berkenaan.

"Jika anda mahu melepaskan kemarahan anda, pergi kepada bos," katanya.

Ketika kakitangan itu melihat wartawan mengambil gambar kekecohan itu, dia menghampiri mereka.

"Padam gambar itu!," jeritnya dan merampas telefon bimbit seorang wartawan dan memadam semua gambar yang diambil.

Drama itu berakhir apabila warga emas itu kemudiannya dibenar masuk ke dalam pejabat tersebut bersama beberapa pelabur lain.

Ketika ditemui di luar premis itu, lelaki tersebut memberitahu wartawan bahawa dia hanya mahu tahu apa yang berlaku terhadap syarikat tersebut dan berharap agar wangnya dikembalikan.

"Saya masih belum mendapat semula wang sebanyak AS$1,000 yang dilaburkan tetapi perasaan marah sudah membuak-buak.

"Saya diberitahu oleh kakitangan syarikat itu supaya menunggu pengumuman terkini daripada bos mereka.

"Saya amat yakin dengan skim tersebut pada mulanya dan mengajak seramai 30 rakan-rakan dan saudara mara untuk menyertainya," kata lelaki itu.

Tags / Kata Kunci: JJPTR , pelabur

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan