Gangguan Bekalan Air Di KL Pulih Sepenuhnya - Syabas

Diterbitkan: Ahad, 30 April 2017 2:57 PM

catuan
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Kuala Lumpur yang berlaku sejak Khamis akibat paip utama pecah di Sungai Buloh kini pulih sepenuhnya.

Bagaimanapun bagi kawasan Petaling Jaya, hanya dua peratus kawasan yang masih dalam proses pemulihan bekalan air, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan pada Ahad.

"Sehingga 7 pagi ini, bekalan air ke 98 peratus kawasan di Petaling sudah pulih dan empat kawasan sedang dalam proses pemulihan bekalan iaitu melibatkan kawasan yang berada di penghujung sistem agihan dan di kawasan tinggi iaitu di Taman Gembira, Salak Selatan, Desa Petaling dan Jalan Kuchai Lama," kata Syabas.

Menurut Syabas, segala usaha untuk mempercepatkan pemulihan bekalan air masih giat dilaksanakan dan bekalan air bantuan akan terus dihantar melalui lori tangki ke kawasan yang memerlukan sehingga bekalan air pulih sepenuhnya.

Maklumat terkini mengenai status pemulihan air boleh dirujuk di www.syabas.com.my atau aplikasi telefon pintar ''mysyabas''. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Syabas

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan