'Serangan' PAS Bakal Jadi Topik Hangat Di Konvensyen PKR Negeri

Diterbitkan: Sabtu, 29 April 2017 2:53 PM

Dr Afif Bahardin

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: PAS mungkin akan menerima 'balasan' apabila pemimpin PKR berhimpun di Pulau Pinang untuk konvensyen parti negeri, petang Ahad.

Rata-rata pemimpin PKR semakin kecewa dengan 'serangan' dan kelantangan suara perwakilan yang mengkritik parti itu dan beberapa parti pembangkang lain di Muktamar PAS yang kini sedang berlangsung di Alor Setar.

"Sudah tentu pemimpin kita akan menangani isu ini. Kita berasa tersinggung. Apa yang mereka katakan mengenai kita adalah tidak wajar. Kita mahu melawan Umno dan BN, musuh kita bukan PAS," kata Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang Dr Afif Bahardin.

Merujuk kepada hasrat PAS untuk memutuskan hubungan dengan PKR, Dr Afif berkata tiada satu pun parti yang dapat melakukannya secara bersendirian dan kemenangan hanya dapat diraih dengan cara bergabung.

Dr Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya berkata pemimpin PAS perlu menangani isu-isu seperti ekonomi dan masalah sosial, bukan menyerang rakan-rakan parti pembangkang.

Pemimpin yang dijadualkan berucap pada konvensyen itu termasuk Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali, Naib Presiden Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution.

Azmin, yang juga Menteri Besar Selangor dan naib presiden Rafizi Ramli juga tidak terkecuali daripada kritikan PAS.

Pemimpin PKR kini dilihat telah terperangkap dalam ancaman perpecahan yang akan menjejaskan prospek parti itu pada pilihan raya umum dan menjejaskan kestabilan kerajaan Selangor.

Saifuddin turut mencabar PAS untuk melepaskan semua jawatan dalam kerajaan Selangor jika parti itu memutuskan hubungan dengan PKR.

Konvensyen PKR negeri akan berlangsung menjelang kongres kebangsaan parti itu pada bulan depan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan