Tiga Remaja Lemas Ketika Sertai Kem Perkhemahan

Diterbitkan: Sabtu, 29 April 2017 3:34 PM

Lokasi kejadian yang menyebabkan tiga remaja lemas.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Tiga remaja yang mengikuti kem perkhemahan lemas ketika melalui trek bersebelahan sungai buatan di sebuah resort di Membakut iaitu kira-kira 90 kilometer dari sini pada Sabtu.

Mangsa dikenal pasti sebagai Hafiz Hamizan Rahman, Daniel Norman (kedua-dua berusia 16 tahun) dan Khuzaimi Zakaran, 17.

Difahamkan bahawa ketiga-tiga mangsa adalah sebahagian daripada peserta perkhemahan terdiri daripada guru dan pelajar yang turut menyusuri trek di sepanjang sungai berkenaan.

Bagaimanapun mereka telah menyimpang sedikit daripada kumpulan hingga tergelincir dan jatuh ke bahagian yang lebih dalam.

Adalah dipercayai bahawa mangsa sudah tidak sedarkan diri ketika beberapa individu cuba menyelamatkan mereka.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Khatizah Rahaban berkata mangsa daripada SMK Putatan itu telah dihantar ke hospital daerah.

"Kami cuba untuk mengetahui apa yang berlaku sebelum mereka lemas," katanya.

Remaja lelaki terbabit adalah sebahagian daripada sekumpulan pelajar yang mengambil bahagian dalam perkhemahan di Lake Eco Resort di Membakut.

Tags / Kata Kunci: Lemas

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan