Program V4KL Tarik Penyertaan Lebih 4,000 Sukarelawan Muda

Diterbitkan: Sabtu, 29 April 2017 12:30 PM

Sukarelawan terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) turut mengambil bahagian mengecat pembahagi jalan dengan warna hitam dan putih pada Program Volunteer for Kuala Lumpur (V4KL) di Lebuh Pasar Besar, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program Anak Muda Turun Padang melalui ''Volunteer for Kuala Lumpur 2017'' (V4KL) yang diwujudkan sebagai persediaan penganjuran Sukan SEA 2017 di ibu negara pada Ogos ini menarik penyertaan lebih 4,000 sukarelawan belia.

Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Ibrahim Yusoff berkata program yang turut menggalakkan penyertaan daripada semua peringkat umur itu menumpukan kepada kerja pengindahan dan pembersihan kawasan tarikan pelancong di sekitar Kuala Lumpur.

"Walaupun program V4KL baharu tiga kali dilaksana melibatkan sukarelawan dari kawasan Parlimen Seputeh, Lembah Pantai dan Bukit Bintang, sambutan daripada pelbagai pihak termasuk pelajar, wakil penduduk dan pihak berkuasa tempatan begitu menggalakkan.

"Selain menanam semangat ''sense of belonging'' terhadap bandar raya dalam diri setiap sukarelawan, kos dari segi pekerja juga dapat dikurangkan lebih 50 peratus," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program V4KL di Dataran Medan Pasar di sini, Sabtu.

Program yang dirasmikan Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Razlan Muhammad Raffi itu disertai kira-kira 1,000 sukarelawan yang mengecat semula struktur kemudahan awam dan membersihkan kawasan sekitar.

Program V4KL adalah cetusan idea Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam mencantikkan ibu negara dan diadakan setiap bulan menjelang Sukan SEA 2017 dari 19 hingga 30 Ogos.-- Bernama 


Tags / Kata Kunci: V4KL , Sukan SEA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan