Patung Monyet Hina Hadi Gemparkan Muktamar PAS

Diterbitkan: Sabtu, 29 April 2017 5:24 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Muktamar Tahunan PAS ke-63 digemparkan dengan penemuan sebuah patung monyet yang digantung pada sebatang pokok di laluan menuju Kompleks PAS Pusat di sini, Sabtu.

Lebih mengejutkan, patung yang lengkap berserban itu menyerupai penampilan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Patung monyet itu digantung antara dua bendera PKR dan Amanah di sebatang pokok.

Tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu dipercayai cubaan menghina parti tersebut dengan menyamakan Abdul Hadi sebagai haiwan.

Bagaimanapun tinjauan ke lokasi mendapati patung itu sudah diturunkan.

Ia rentetan kontroversi akhbar berbahasa Cina, Nyanyang Siang Pau yang menyiarkan karikatur monyet yang disifatkan sebagai menghina pemimpin PAS itu.

Bagaimanapun, isu berkenaan tidak berlanjutan selepas Abdul Hadi menerima dan memaafkan akhbar tersebut atas ketelanjuran menyiarkan karikatur itu.

Nasib berbeza pula menimpa portal Sarawak Report apabila PAS meneruskan saman susulan laporan portal itu yang mendakwa Abdul Hadi terbabit menerima Perdana Menteri Najib Tun Abdul Razak pada Ogos tahun lalu.

"Kesilapan yang dibuat oleh Nyanyang boleh dimaafkan tetapi PAS tidak akan memaafkan pembohongan Sarawak Report.

"Pembohongan itu menjejaskan maruah parti, berbeza dengan Nyanyang yang hanya melibatkan perasaan," kata beliau pada sidang media di sini.

Abdul Hadi memfailkan saman terhadap portal itu pada 21 April lalu.


Tags / Kata Kunci: Muktamar PAS , Hadi

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan