Cadangan PAS Putus Hubungan Dengan PKR Boleh Diduga

Diterbitkan: Sabtu, 29 April 2017 5:06 PM

Liow Tiong Lai (tiga,kiri) menyaksikan demonstrasi anggota JPJ memberi pertolongan cemas kepada mangsa kemalangan sempena Sambutan Hari JPJ ke-71 di Dataran Bentong pada Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Perpecahan dalam pakatan pembangkang termasuk cadangan PAS untuk memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PKR memang boleh diduga kerana mereka tidak mempunyai hala tuju yang sama, kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata rakyat seharusnya melihat permainan pembangkang yang lebih memperjuangkan kepentingan peribadi dan parti berbanding kepentingan rakyat.

Liow memberikan contoh pentadbiran kerajaan Selangor pimpinan PKR yang mengadakan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang tanpa keperluan mendesak pada Mac 2014 selain menaikkan gaji wakil rakyat selepas mendapat mandat rakyat.

"Bila mereka sudah mendapat mandat daripada rakyat, sepatutnya mereka buat kerja baik-baik... berkhidmat kepada rakyat. Tapi mereka tidak boleh buat begitu sebab mereka banyak ketua dan semua mahu ikut kehendak sendiri. Lebih banyak (ketua) lebih hancur.

"Mereka dahulu wujud Pakatan Rakyat tapi sudah berkecai dan kemudian buat pula Pakatan Harapan yang juga dilihat ''tiada harapan'' kerana bercelaru," kata Liow yang juga Menteri Pengangkutan kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ke-71 peringkat Kebangsaan di Dataran Bentong di sini, Sabtu.

Pada Khamis, Muktamar Dewan Pemuda PAS meluluskan tanpa bahas usul supaya PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR dan sebelum ini, parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu juga memutuskan hubungan dengan DAP.

Liow berkata berbeza dengan Barisan Nasional (BN) meskipun dianggotai 13 parti, ia kekal bertahan dan bersatu kerana ''berpegang kepada nilai teras'' yang sama, iaitu konsensus, kerjasama, bersatu dan berkongsi.

"Dalam situasi rakyat yang berbilang kaum, kita perlu ada "nilai yang sama" untuk berkerja sebagai satu pasukan. Ini yang menjamin kejayaan negara kita. Mereka (pembangkang) tidak ada nilai teras ini sehingga menyebabkan sistem mereka berkecai.

"BN berpegang kepada sistem (dan nilai teras) ini sejak sekian lama dan inilah yang membawa kepada kejayaan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Liow Tiong Lai

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan