PAS Hilang Identiti Parti Berakhlak - Mujahid

Diterbitkan: Sabtu, 29 April 2017 9:09 AM

Datuk Mujahid Yusof Rawa

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laungan 'Jahanam PAN' yang ditujukan kepada Parti Amanah Negara menunjukkan PAS sudah hilang identiti sebagai parti berakhlak.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, lebih mengejutkan apabila perkataan itu diungkapkan di Muktamar Dewan Ulama PAS yang merupakan dewan paling dihormati dalam parti itu.

"Bagi kita, ungkapan itu boleh dianggap melampau dan biadab. Amat mendukacitakan apabila ia diucapkan oleh salah seorang perwakilan dan disambut pula dengan laungan takbir.

"Jika Dewan Ulama yang paling dihormati boleh menggunakan perkataan kasar begini, sudah tentu pengikut di bawah akan mengikuti. Kalau ulama pun cakap begitu, ini menunjukkan keseluruhan PAS sudah diracuni dengan budaya tidak baik," katanya kepada Sinar Harian.

Pada Khamis, istilah 'Jahanam PAN' dilaungkan sebelum Ketua Dewan Ulama Pas Kedah, Mohd Rejab Md Akhir memulakan ucapan pada Muktamar Dewan Ulama PAS.

Sebelum itu, Mohd Rejab meminta semua perwakilan berdiri kerana mahu mengetuai bacaan ikrar.

Bacaan ikrar yang disampaikan dalam bahasa Arab itu disusuli laungan takbir sebanyak tiga kali, sebelum Mohd Rejab  menyebut 'Jahanam PAN' sebaik ia berakhir.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata, beliau menjangkakan Muktamar PAS yang berlangsung ketika ini akan menjadi medan untuk memaki hamun.

"Mereka akan caci maki Amanah dan DAP, cuma satu saja mereka tidak akan maki iaitu Umno," dakwanya.

Bagaimanapun, kata Mujahid, Amanah tidak berhasrat mengambil tindakan ke atas PAS kerana perkara itu di luar kawalan mereka.

"Amanah tidak terjejas apa-apa. Cuma saya harap PAS dapat gunakan cara yang lebih baik dan bersaing secara sihat, bukannya dengan pendekatan hinaan dan caci maki sebegini," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan