Banjir Kuala Selangor, Sabak Bernam Terburuk Sejak 1971 - Irmohizam

Diterbitkan: Sabtu, 29 April 2017 8:15 AM

Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim bergegas ke lokasi banjir di Kampung Kuantan, Kuala Selangor sebaik mendapat maklumat kejadian pada Khamis malam.

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Fenomena air pasang besar yang melanda sekitar daerah ini dan Sabak Bernam hingga mengakibatkan beberapa rumah rosak teruk disifatkan antara yang terburuk dalam tempoh 46 tahun.

Berdasarkan pengalamannya berdepan situasi sama pada 1971, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim itu segera turun padang bagi memastikan kebajikan penduduk yang terjejas terpelihara.

Beliau yang bergegas ke lokasi banjir sebaik mendapat maklumat kejadian pada Khamis malam itu turut membantu dengan menyalurkan sumbangan kepada mangsa banjir.

"Kali terakhir fenomena air pasang besar berlaku adalah 1971 lalu sehingga ia sekali lagi melanda Kampung Kuantan untuk kali kedua.

"Semua pihak berwajib berusaha memindahkan mangsa bermula pukul 11.50 malam Khamis, ketika itu air sudah mulai naik setinggi 0.5 meter," kataya kepada mStar Online.

Antara kawasan yang terjejas kali ini ialah Kampung Nelayan Bagan Nakhoda Omar dan Sungai Lang di Sabak Bernam, Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Siam di sini.

Dalam insiden banjir kali ini seramai 66 mangsa daripada 21 keluarga, yang kebanyakannya nelayan dan petani dipindahkan ke Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasangan, Kampung Kuantan.

Tambah  Irmohizam lagi, anggota  Jabatan Kebajikan Masyarakat, pihak Rela dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut ditempatkan di lokasi kejadian bagi memantau keadaan.

"Selain anggota berkaitan, bekalan makanan serta beberapa peralatan bantuan kecemasan lain turut diagihkan ke pusat pemindahan bagi membantu meringankan beban mereka", kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) itu.

Beliau juga bersyukur kerana tiada nyawa yang terkorban dan jumlah anggaran kerugian akibat banjir masih dilakukan pihak berwajib.

Irmohizam juga meningatkan penduduk di kawasan berkenaan supaya mematuhi arahan pihak berwajib bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan