96 HAT Hospital Mesra Ibadah Pertama Di Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 28 April 2017 7:09 PM

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendengar penerangan Panglima Tentera Laut Tan Sri Laksamana Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin (kiri) mengenai KD Mutiara ketika menghadiri hari terbuka Armada sempena Hari Tentera Laut ke-83 di Pengkalan TLDM Lumut, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

LUMUT: 96 Hospital Angkatan Tentera (HAT) Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut menjadi hospital tentera pertama di Malaysia yang muncul dengan konsep Hospital Mesra Ibadah bagi pesakit mendekatkan diri dengan tuhan.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata konsep tersebut merupakan pendekatan kreatif bagi membantu pesakit di hospital melalui kemudahan yang disediakan.

"Hospital ini menghasilkan idea yang kreatif sekali gus melakar sejarah di dalam negara bagi memudahkan pesakit mendekatkan diri dengan Allah." "Pegawai perubatan dan staf hospital akan memberi pendedahan mengenai kaedah mengambil air sembahyang dan menggalakkan pesakit membaca Al-Quran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hospital Mesra Ibadah, 96 Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut, di sini, Jumaat.

Hospital mesra ibadah ini diwujudkan bagi membolehkan pesakit, keluarga, pelawat dan individu berinteraksi serta mendekatkan diri dengan tuhan menerusi penerapan dan penghayatan ibadah semasa dan selepas mendapat rawatan.

Pegawai Memerintah 96 HAT Lumut Brigedier Jeneral Datuk Dr Zakaria Awang berkata konsep mesra ibadah itu tercetus apabila melihat segelintir pesakit hanya menumpukan kepada penyembuhan penyakit melalui perubatan, sebaliknya ia merupakan peluang mereka bagi mendekatkan diri kepada tuhan.

"Kita mahu membantu pesakit mengingati dan mendekati Allah kerana yang menyembuhkan itu adalah Allah," katanya.

Sementara itu, penyelaras program Leftenan Kolonel Dr Nik Mohd Noor Nik Amin berkata konsep yang digunakan merangkumi solat fardu, bacaan al-Quran serta zikir.

"Pegawai hospital boleh menjadi pembantu kepada pesakit dengan memberi pertolongan seperti peringatan solat, bimbingan cara solat serta menggalakkan pesakit membaca al-Quran," katanya.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: HAT , Lumut , Zambry

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan