Amanah Diingat Henti Kait Pemimpin PAS Untuk Raih Populariti - Tuan Ibrahim

Diterbitkan: Jumaat, 28 April 2017 1:54 PM

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kanan) ketika menyampaikan kuliah Dhuha sempena Muktamar PAS ke-63 di Kolej Islam Darul Ulum, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberi amaran kepada Parti Amanah Negara (Amanah) untuk tidak terus mengaitkan bekas nama pemimpin PAS terutama Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semata-mata untuk meraih populariti dan sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 ini.

Tuan Ibrahim berkata mengaitkan nama pemimpin PAS terutama yang sudah meninggal dunia, menunjukkan parti berkenaan tidak yakin dengan perjuangan mereka sendiri.

"Orang yang menyatakan diri mereka kuat tidak perlu bergantung kepada orang lain terutama orang yang telah meninggal dunia.

"Amanah, kalau mahu bertanding (pada PRU) nanti janganlah bertanding di tempat yang PAS akan bertanding kerana ini akan memberikan tongkat kepada Barisan Nasional (BN)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah dhuha di Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena di sini.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika mengulas tindakan Amanah, parti serpihan PAS, yang dilaporkan menjaja nama bekas mursyidul am PAS itu dalam ceramah-ceramah parti berkenaan untuk meraih sokongan rakyat.

Amanah pada 9 April lalu menganjurkan seminar ''Pemikiran Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat'' di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan susulan itu beberapa laporan polis dibuat terhadap Amanah bagi membantah penggunaan nama bekas menteri besar Kelantan itu.

Selain itu, Amanah turut dikatakan akan bertanding di beberapa kawasan di mana PAS meletakkan calon terutama di Kelantan dan Kedah.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata PAS mengharapkan agar anggota Amanah kembali kepada PAS bagi menguatkan parti berteraskan Islam itu terutama dalam misi mengekalkan Kelantan dan merampas kembali Kedah.

"Rakyat Kedah sudah boleh buat perbandingan antara pemerintahan PAS dan BN dan kita yakin sokongan rakyat terhadap PAS masih kuat di negeri ini," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Tuan Ibrahim , PAS , Amanah

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan