Muktamar PAS Rangka Strategi Rampas Kedah

Diterbitkan: Jumaat, 28 April 2017 10:02 AM

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob (enam, kiri) bersama para perwakilan ketika menyanyikan lagu parti pada Majlis Perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS sempena Muktamar PAS kali ke-63 di Sekolah Rendah Darul Ulum, Khamis.

(Ubah saiz teks)

MUKTAMAR PAS ke-63 dijangka menumpukan perhatian untuk merangka strategi merampas pemerintahan kerajaan negeri Kedah daripada Barisan Nasional (BN).

PAS dikatakan merancang bertanding sekurang-kurangnya 24 daripada 36 kerusi DUN Kedah pada PRU14 dalam usaha membentuk kerajaan baharu di negeri itu.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, selain berusaha memerintah kerajaan negeri Kedah, PAS juga akan bertanding di semua 15 kerusi parlimen di negeri itu bagi mengukuhkan kedudukannya.

"Kedah adalah negeri yang mempunyai paling ramai ahli Pas, iaitu lebih kurang 176,000 orang. Oleh itu, keazaman memang tinggi untuk merampas semula tampuk pemerintahan daripada BN," katanya kepada Sin Chew Daily.

Pada PRU12, di bawah pimpinan bekas menteri besar, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, PAS berjaya memenangi enam kerusi parlimen dan 16 kerusi Dun sekali gus membentuk kerajaan bersama PKR yang memperoleh lima kerusi parlimen dan lima kerusi DUN.

Bagaimana pun pada PRU13, akibat perpecahan dalam PAS negeri, BN berjaya mengambil kesempatan merampas semula pemerintahan. Pada pilihan raya itu, Pas mengalami kekalahan teruk apabila hanya menang satu kerusi parlimen dan sembilan kerusi DUN.

Difahamkan, Ahmad Fakhruddin telah menyenaraikan nama calon bagi 15 kerusi parlimen dan 36 kerusi DUN untuk dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan pusat sebelum membuat keputusan muktamad jumlah kerusi yang ingin dipertandingkan mereka.

Sebelum itu, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh menyatakan keyakinan beliau bahawa PAS akan memastikan kemenangan dengan merampas tampuk pemerintahan daripada BN biarpun hanya memenangi majoriti kecil.

“PAS telah membuat kajian secara mendalam di Kedah dan mendapati PAS mempunyai kelebihan berbanding dengan parti-parti lain. Ramai rakyat Kedah masih memberi sokongan yang kuat kepada menyokong Pas,” katanya. - Sinar Harian





Tags / Kata Kunci: Muktamar PAS , Kedah

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan