PKR Tunggu Keputusan Muktamad PAS

Diterbitkan: Jumaat, 28 April 2017 2:38 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: PKR masih menunggu keputusan muktamad PAS untuk tahaluf siyasi dengan parti itu sebelum memutuskan sebarang tindakan.

Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya sedia maklum Dewan Ulama telah bersepakat membuat keputusan itu, namun ia masih belum diputuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS.

"Kita lihat dahulu apa keputusan Majlis Syura," katanya.

"Adakah keputusan ini akan memberi kesan terhadap PKR, PAS di Selangor.

"Dari segi kerja, tiada masalah. Cuma dari segi polisi perlu tunggu keputusan muktamar," katanya.

Pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Ke-56 di dewan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) di Alor Setar semalam, Muktamar Dewan Ulama PAS bersetuju untuk mengusulkan agar tahaluf siyasi antara PAS dan PKR diputuskan.

Usul itu kemudian mendapat persetujuan sebulat suara perwakilan namun ia tertakluk pada keputusan Majlis Syura Ulama menurut peruntukan Perlembagaan PAS.- Sinar Harian


Tags / Kata Kunci: PKR , PAS , Wan Azizah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan