Permaisuri Johor Ziarah Kubur Thaqif

Diterbitkan: Jumaat, 28 April 2017 6:09 PM

Ahmad Motai, datuk kepada Thaqif membacakan doa selepas jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur malam Khamis. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menziarahi kubur murid lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia dipercayai didera seorang pembantu warden di sebuah sekolah agama di sini.

Baginda tiba di kubur Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi di Felda Bukit Aping Timur kira-kira pukul 3.30 petang Jumaat.

Raja Zarith yang berbaju kurung dan berselendang putih ditemani ibu Thaqif, Felda Wani Ahmad semasa upacara bacaan doa di kubur tersebut.

Turut hadir Pegawai Daerah Kota Tinggi, Dr Badrul Hisham Kassim dan Kadi Kota Tinggi, Suhaimi Rebu yang mengetuai solat.

Thaqif dimasukkan ke hospital minggu lalu susulan kakinya bertukar hitam selepas dilapor dipukul oleh pembantu warden asrama sekolahnya.

Susulan itu, kedua belah kakinya terpaksa dipotong bagi mengelak jangkitan kuman pada bahagian lain tubuhnya.

Dia bagaimanapun meninggal dunia kira-kira pukul 2.05 petang Rabu.

Tags / Kata Kunci: Permaisuri Johor , Mohamad Thaqif

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan