Kes Madrasah Tahfiz: 107 Pelajar, 14 Kakitangan Jalani Pemeriksaan Kesihatan

Diterbitkan: Jumaat, 28 April 2017 2:39 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Pengetua madrasah tahfiz, tempat Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi belajar sebelum ini, mengesahkan Jabatan Kesihatan sudah membuat pemeriksaan kesihatan ke atas kesemua 107 pelajar dan 14 kakitangan madrasah itu.

Afdhaluddin Ismail dalam satu kenyataan berkata pemeriksaan dilakukan pada Rabu lepas .

"Laporan pemeriksaan tersebut akan dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan. Buat masa ini tiada pelajar yang dirujuk ke hospital," katanya.

Pada Khamis, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat memberitahu Jabatan Kesihatan telahpun memeriksa sejumlah pelajar di madrasah berkenaan bagi memastikan tiada mereka yang mengalami simptom sama seperti Mohamad Thaqif Amin.

Pemeriksaan itu diadakan susulan titah Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah yang mahukan pelajar lain menjalani pemeriksaan kesihatan.

Mohamad Thaqif Amin, yang dipotong kedua -dua kaki hingga paras paha akibat dijangkiti kuman setelah dipercayai didera oleh pembantu warden madrasah itu meninggal dunia pada kira-kira 2 petang Rabu di Hospital Sultan Ismail.

Jenazah Allahyarham Mohamad Thaqif Amin dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur pada kira-kira 12.30 malam hari sama. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan