Laporan Kesihatan Pelajar, Kakitangan Madrasah Diketahui Ahad

Diterbitkan: Jumaat, 28 April 2017 7:44 PM

Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Laporan penuh pemeriksaan kesihatan terhadap murid dan kakitangan madrasah di mana murid berusia 11 tahun dipercayai didera akan diketahui pada Ahad.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata tiada pelajar yang menjalani pemeriksaan itu mengalami sebarang penyakit serius.

"Kecuali sebahagian daripada mereka mempunyai masalah kulit tidak serius dan ruam yang biasa dialami murid yang tinggal di asrama," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Ayub berkata pegawai kesihatan telah menjalani pemeriksaan di sekolah agama itu yang terletak di Kampung Lukut, Kota Tinggi pada Rabu.

Beliau berkata seramai 107 pelajar dan 14 kakitangan sekolah itu telah menjalani pemeriksaan kesihatan.

Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, yang dipotong kedua -dua kaki hingga paras paha akibat dijangkiti kuman setelah dipercayai didera oleh pembantu warden madrasah itu meninggal dunia pada kira-kira 2.05 petang Rabu di Hospital Sultan Ismail.

Jenazah Allahyarham Mohamad Thaqif Amin dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur pada kira-kira 12.30 malam hari sama. 

Tags / Kata Kunci: laporan kesihatan , madrasah

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan