Kes Jong Nam: Isu Warga Vietnam Dibincang Dalam Pertemuan Najib-PM Vietnam

Diterbitkan: Jumaat, 28 April 2017 10:15 PM

Najib ketika sidang media bersama wartawan Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-30 pada Jumaat. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

MANILA:  Isu seorang wanita warganegara Vietnam yang dihadapkan di mahkamah Malaysia atas pertuduhan membunuh warga Korea Utara Kim Jong-nam turut dibincang semasa pertemuan dua hala di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc di sini, Jumaat.

Najib berkata penjelasan dipohon oleh perdana menteri Vietnam berkenaan warganegaranya itu yang menghadapi pertuduhan membunuh abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un itu.

"Perkara ini saya telah terangkan bahawa ini proses perundangan kita dan dia (tertuduh) akan diberi segala hak dan juga pertimbangan seadil mungkin.

"Beliau faham yang kita ada proses perundangan di Malaysia, namun beliau berharap fakta akan timbul bahawa tertuduh telah diperalatkan dan itu kedudukan (tertuduh) bahawa dia telah dipergunakan dan dimanipulasi" kata Najib kepada wartawan Malaysia bila ditanya reaksi perdana menteri Vietnam.

"Itu pendirian mereka, tetapi ia perlu perlu melalui proses perundangan di Malaysia. Biar mahkamah tentukan. Beliau yakin dengan proses perundangan di Malaysia," katanya.

Wanita Vietnam itu Doan Thi Huong bersama-sama warganegara Indonesia Siti Aisyah didakwa di mahkamah di Malaysia pada 1 Mac lepas atas pertuduhan membunuh Jong-nam di Balai Berlepas Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lalu menggunakan agen saraf VX.

Najib berada di Manila untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-30. - BERNAMA 

Tags / Kata Kunci: Vietnam , Kim Jong-nam

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan