Pakai Gaun Didakwa 'Menggoda', Murid Dihalang Sertai Pertandingan Catur

Diterbitkan: Jumaat, 28 April 2017 6:47 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang murid perempuan berusia 12 tahun dipaksa menarik diri daripada kejohanan catur kerana memakai baju yang didakwa kelihatan 'menggoda' oleh penganjur Kejohanan Catur Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan 2017 pada 14 April di Putrajaya.

Jurulatih catur, Kaushal Khandhar berkata, kanak-kanak perempuan itu yang juga pelajarnya dan juara permainan catur di kawasannya di Kuala Lumpur berasa dimalukan dengan tindakan tersebut.

"Ketika di tengah-tengah pusingan 2, tanpa menghentikan masa, ketua pengadil memberitahu pelajar saya bahawa pakaiannya tidak sopan," kata Kaushal dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, malam Khamis.

Beliau mendakwa ketua pengadil itu memberitahu pelajar tersebut dan ibunya bahawa pengarah kejohanan menganggap pakaian tersebut kelihatan 'menggoda'.

Kaushal berkata kenyataan pengarah kejohanan itu tidak masuk akal.

Menurut beliau, ketua pengadil itu bagaimanapun memohon maaf kepada murid perempuan itu selepas satu perbincangan dan memberi jaminan tiada apa yang salah dengan cara dia berpakaian.

Gaun yang dipakai pelajar perempuan itu semasa kejohanan catur di Putrajaya.

Namun, ketua pengadil itu berkata murid tersebut tidak dibenarkan memakai gaun atas arahan pengarah kejohanan.

Jelas Kaushal, murid tersebut dan ibunya diberi pilihan sama ada pergi ke pusat membeli-belah berdekatan untuk membeli seluar bagi pusingan seterusnya yang akan diadakan pada pukul 9 pagi keesokan harinya.

Namun kedai di kawasan berhampiran telah ditutup dan tidak akan dibuka sebelum masa pertandingan diadakan.

Kaushal berkata ibu murid perempuan itu menghubungi pengarah kejohanan mengenai perkara itu sebelum pusingan berikutnya berlangsung.

Pengarah kejohanan memberi jaminan bahawa dia akan menghubungi ibu murid tersebut semula selepas berbincang dengan ketua pengadil tetapi ia tidak berlaku, katanya.

"Dia tidak menjawab atau menghubungi ibu pelajar saya. Situasi ini mendorong kepada keputusan yang tidak dapat dielakkan untuk mengeluarkannya dari kejohanan tersebut," katanya.

Kaushal berkata pelajar tersebut merupakan atlet cilik yang mempunyai bakat besar dalam permainan catur.

Namun insiden itu amat memalukan dirinya.

"Saya bermain catur di Malaysia selama hampir dua dekad dan saya tidak pernah dengar tentang isu sebegini dalam mana-mana kejohanan di dalam negara," katanya.

Justeru itu, Kaushal mendesak pengarah kejohanan tersebut supaya memohon maaf kepada murid perempuan berkenaan.

Gambar yang dikongsi Kaushal dalam laman Facebooknya menunjukkan murid perempuan itu memakai gaun atas paras lutut tetapi berlengan pendek.

Pengarah kejohanan itu memberitahu The Star bahawa perkara itu sedang disiasat.

Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Tags / Kata Kunci: kejohanan catur , gaun

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan