PAS Saran Fatwa Baharu Ziarah Baitulmuqaddis

Diterbitkan: Jumaat, 28 April 2017 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Dewan Ulama PAS Pusat mencadangkan supaya fatwa baharu dikeluarkan berhubung hukum menziarahi Baitulmuqaddis.

Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, umat Islam digalakkan menziarahi Baitulmuqaddis sebagai maslahat sokongan moral kepada penduduk Palestin yang masih bertahan akibat kekejaman  rejim Zionis.

"Pelbagai tekanan seperti rumah dirobohkan bagi mengusir mereka meninggalkan Baitulmuqaddis. Penduduk Islam di sana melakukan 'ribat' mewakafkan diri bertahan di bumi itu," katanya.

Menurutnya, sebelum ini sebahagian ulama kontemporari seperti Dr Yusof Qardawi mengeluarkan fatwa haram menziarahi Baitulmuqaddis melainkan tujuan jihad selain tidak menjadi pengiktirafan terhadap penjajahan Zionis.

Tags / Kata Kunci: PAS , Baitulmuqaddis

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan