Elakkan Tekanan Emosi Melampau - PM

Diterbitkan: Jumaat, 28 April 2017 4:26 PM

Najib

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setelah Malaysia memperbaiki kedudukannya dalam Laporan Kegembiraan Dunia tahun ini, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat terus menjaga emosi di sebalik keperluan meningkatkan produktiviti dengan bekerja keras "Tiada gunanya berpendapatan tinggi tetapi tidak gembira.

Memang penting untuk meningkatkan produktiviti dengan bekerja keras tetapi jangan sampai mengakibatkan tekanan emosi yang melampau.

"Tenangkan fikiran dengan beriadah dan meluangkan masa bersama keluarga agar kita dapat mengimbangi antara keceriaan dan kemajuan diri sendiri," kata perdana menteri mengenai Laporan Kegembiraan Dunia 2017 yang dimuat naik di laman sesawangnya, www.najibrazak.com.

Beliau berkata kedudukan Malaysia yang mendahului negara-negara seperti Jepun, Rusia, Itali, Korea Selatan dan China dalam Laporan Kegembiraan Dunia 2017 menunjukkan tahap kegembiraan tidak selalunya seiring dengan kemajuan.

Menurut Laporan Kegembiraan Dunia 2017 Gallup World Poll yang disiarkan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu baru-baru ini, Malaysia naik lima anak tangga daripada kedudukan ke-47 tahun lepas.

Najib menyifatkan pencapaian Malaysia itu sebagai sangat menarik.Kajian itu melibatkan 155 negara di dunia yang berdasarkan beberapa faktor termasuk kekuatan ekonomi, impak sosial, jangka hayat, kebebasan membuat pilihan, kemurahan hati dan tanggapan tentang rasuah.

Perdana Menteri berkata kegembiraan adalah perkara subjektif dan berbeza mengikut individu, tetapi akan menyuntik semangat untuk meneruskan kehidupan dengan jaya.

Menurut laporan itu, Norway merupakan negara paling gembira di dunia diikuti Denmark, Iceland dan Switzerland. - BERNAMA 

Tags / Kata Kunci: tekanan emosi , Najib Tun Razak

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan