Standard Chartered Lulus Cuti Bersalin 20 Minggu Gaji Penuh

Diterbitkan: Jumaat, 28 April 2017 1:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Standard Chartered Bank Malaysia (Stanchart), mengumumkan pelaksanaan cuti bersalin 20 minggu bergaji penuh, yang merupakan penambahbaikan kepada manfaat pekerja, sejajar dengan sambutan Hari Pekerja.

Ia berkata manfaat yang lebih baik itu dan pertama dalam industri perbankan, merupakan sebahagian daripada tumpuan bank untuk menyesuaikan diri dan menyokong perubahan dari segi keperluan tenaga kerja.

Dalam kenyataan pada Jumaat, Stanchart berkata bagi merealisasikan budaya mesra keluarga bank itu, pekerja lelaki akan menikmati cuti dua minggu jika isteri bersalin, manakala ibu bapa angkat baharu juga berhak mendapat cuti dua minggu pengambilan anak angkat bergaji penuh, yang kini dipanjangkan kepada semua pekerja di bank berkenaan, tanpa tanpa mengira tempoh perkhidmatan.

Bersandarkan kepercayaan bahawa fleksibiliti membabitkan usaha mengubah cara bekerja dan bukan bekerja lebih atau kurang, bank itu juga akan melaksanakan amalan kerja fleksibel, katanya.

Kakitangan ditawarkan pilihan untuk bekerja separuh masa, memilih waktu kerja anjal, atau bekerja dari rumah pada hari terpilih, tertakluk kepada tugasan mereka selepas memperoleh kelulusan daripada pengurus '', katanya.

Ketua Sumber Manusia Florence Foo berkata dalam usaha untuk menginsankan bank, Standard Chartered memperingati Hari Pekerja dengan mengutamakan kepentingan pekerjanya.

"Kami sentiasa berusaha untuk menambah baik kebajikan kakitangan kami, selain mengekalkan dan melatih pekerja.

"Kajian dalaman dijalankan menunjukkan motivasi pekerja telah meningkat dan pekerja menjadi lebih bermotivasi di tempat kerja setelah mereka memperoleh sokongan yang lebih baik dalam integrasi kehidupan profesional dan peribadi mereka," katanya.

- Bernama


Tags / Kata Kunci: Standard Chartered , Hari Pekerja

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan