Kekerasan Fizikal, Lisan Ancaman Baharu Warga KKM

Diterbitkan: Jumaat, 28 April 2017 5:54 PM

Dr Noor Hisham (dua, kiri) menyerahkan buku Garis Panduan Mencegah Dan Menangani Kekerasan Terhadap Anggota Di Fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas majlis pelancarannya pada sambutan Nasional World OSH Day 2017 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pada Jumaat. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KLANG: Insiden kekerasan fizikal dan lisan terhadap warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga tular di media sosial kini dilihat sebagai ancaman baharu yang kian meruncing.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata selain memberi kesan fizikal, ancaman seperti itu turut mengganggu mental dan emosi warga KKM sehingga menjejaskan produktiviti mereka dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Beliau berkata walaupun tinjauan retrospektif selama dua tahun bermula pada 2013 ke atas 11 hospital berpakar menunjukkan hanya 44 kes kekerasan dilaporkan, namun pihaknya percaya terdapat banyak lagi kes tidak dikemukakan warga KKM yang terlibat.

"Ancaman itu datang daripada pesakit serta keluarga pesakit dan ia merupakan cabaran yang perlu ditangani...mereka bukan saja melakukan kekerasan fizikal dan lisan, tapi turut memuat naik di media sosial untuk mencaci warga KKM," katanya kepada media di sini Jumaat.

Terdahulu, Dr Noor Hisham melancarkan Garis Panduan Mencegah dan Menangani Kekerasan Terhadap Anggota KKM sempena sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia peringkat kebangsaan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang di sini.

Tambah Dr Noor Hisham, warga KKM juga boleh menjadikan garis panduan itu sebagai platform dalam mengambil langkah perlu sekiranya berhadapan dengan insiden kekerasan yang tular di media sosial.

"KKM akan terus bekerjasama rapat dengan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat dakwaan dan ugutan kekerasan secara fizikal atau di media sosial. Kita akan kumpul bukti-bukti berkaitan bagi menjawab dakwaan di media sosial untuk membela nasib warga kami," katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham menasihatkan semua warga KKM terutamanya para doktor supaya kerap mencuci ''white coat'' dan tali leher yang dipakai semasa merawat pesakit kerana ia berpotensi sebagai medium merebakkan jangkitan kuman.

Beliau berkata walaupun terdapat pelbagai prosedur kerja yang menitik beratkan aspek kesihatan warga KKM, namun ada dalam kalangan komuniti itu bersikap ambil mudah sehingga menyebabkan berlaku jangkitan penyakit bawaan darah seperti Hepatitis B, Hepatitis C dan Tuberkulosis (TB).

Katanya, KKM kini mempunyai 250,000 anggota kesihatan dengan 150,000 daripadanya berkhidmat di hospital dan statistik umum tahun lepas merekodkan sebanyak 8.2 kes jangkitan penyakit berlaku bagi setiap 10,000 pekerja di seluruh fasiliti kementerian itu.

"Lawatan saya ke HTAR hari ini melihat inisiatif mengasingkan pesakit TB dan melakukan kawalan jangkitan telah dapat mengurangkan kes iaitu daripada 12 kes dalam tempoh Julai hingga Disember 2016 kepada hanya satu kes kebelakangan ini.

"Kita akan buat kajian jangka panjang dalam hal ini, jika ia terbukti berkesan, usaha seumpamanya mungkin boleh dicontohi hospital lain bagi meminimumkan risiko jangkitan penyakit kepada warga kerja KKM," katanya. - BERNAMA 

Tags / Kata Kunci: KKM , Dr Noor Hisham Abdullah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan