Zairil, Dyana Belum Buat Laporan 'Gambar' Palsu - KPN

Diterbitkan: Khamis, 27 April 2017 8:56 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis mengesahkan pihaknya masih belum menerima laporan daripada Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari dan Ahli DAP Dyana Sofya Mohd Daud berkenaan gambar kontroversi yang dikaitkan dengan mereka.

Ketika dihubungi pada Khamis, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tiada laporan dibuat oleh kedua-dua pemimpin DAP itu.

Empat keping gamabr dikatakan menyerupai Zairil dan Dyana Sofya menjadi tular di media sosial minggu lepas.

Kedua-dua mereka dilihat duduk semeja di sebuah restoran bersama sekurang-kurangnya dua lagi individu lain.

Zairil, yang telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak menafikan bahawa bahawa dirinya dalam gambar itu dan memberitahu ianya adalah palsu.

Dalam posting Facebook minggu lepas, Dyana Sofya berkata ia adalah serangan peribadi ketiga ke atas dirinya dalam tempoh dua bulan dan merupakan pencerobohan terhadap kehidupan peribadi seseorang.

Gerakan Pulau Pinang menggesa kedua-dua pemimpin untuk membuat laporan polis jika gambar-gambar itu adalah palsu.

"Mereka telah menafikannya dan imej itu adalah palsu, maka mereka perlu membuat laporan polis," kata Ketua Biro Publisiti Gerakan Pulau Pinang, Ooi Zhi Yi.

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, Zairil telah menjelaskan kepada pucuk pimpinan parti mengenai gambar-gambar tersebut.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan