Restoran Mamak Perkenal Kad Diskaun

Diterbitkan: Khamis, 27 April 2017 9:48 AM

-Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Restoran mamak akan memperkenalkan kad diskaun untuk golongan tertentu dalam masyarakat bagi membantu meringankan beban perbelanjaan mereka.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) Ayoob Khan Muhammad Yakub berkata kad itu memberi diskaun 25 peratus untuk orang kurang upaya, 10 peratus untuk warga emas dan lima hingga 10 peratus untuk pelajar warga Malaysia.

"Kad diskaun berkenaan dijangka diperkenalkan tidak lama lagi secara kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)," katanya kepada pemberita di pejabat KPDNKK di sini Rabu.

Beliau juga berkata restoran yang bernaung di bawah Presma masih mengekalkan harga lama makanan sejak dua tahun lalu dan tidak menaikkan harga seperti yang didakwa segelintir pihak.

Laporan mengenai restoran mamak menaikkan harga makanan terutamanya roti canai dan teh tarik tular di media sosial hingga mendorong Hamzah memanggil Presma untuk mendapatkan penjelasan.

Presma mempunyai 4,000 ahli di seluruh negara, dengan lebih 10,000 restoran bernaung di bawahnya.

Sementara itu, Hamzah berkata pemeriksaan KPDNKK mendapati harga makanan di kedai yang menjadi anggota Presma pada masa ini adalah sama seperti pada April 2016. -Bernama

Tags / Kata Kunci: kad diskaun , Presma , mamak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan