Pas Sasar Lebih Banyak Undi Golongan Muda

Diterbitkan: Khamis, 27 April 2017 11:13 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: PAS meletakkan sasaran untuk meraih lebih banyak undi golongan belia pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bagi merealisasikan matlamat utama parti itu.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, selaras dengan usaha meraih undi golongan tersebut, PAS akan mengeluarkan manifesto yang lebih banyak membela nasib orang muda.

Ujarnya, usaha terbabit berlandaskan matlamat PAS Pusat yang mahu memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen dan menawan lima buah negeri termasuk Kedah.

"Kita meletakkan sasaran untuk meraih 60 peratus undi golongan muda.

"Sejajar dengan sasaran itu, kita akan mengumumkan tujuh agenda anak muda dalam manisfesto PRU14 yang melibatkan agenda pendidikan, kebajikan dan pendapatan golongan terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama majlis perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-58 yang berlangsung Kompleks PAS Kedah di sini, Khamis.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pad awal tahun ini, 40 peratus daripada jumlah 17.7 juta pengundi yang layak mengundi merupakan golongan muda.

Dalam pada itu, Nik Abduh berkata, PAS sedia melaksanakan undang-undang syariah yang lebih ketat sekiranya berjaya mencapai sasaran menguasai lima negeri pasa PRU14.

Bagaimanapun kata beliau, usaha itu hanya boleh diteruskan jika Rang Undang-Undang Akta 355 Mahkamah Syariah yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diluluskan Parlimen.

"Jika Akta 355 diluluskan di Parlimen, dan PAS menguasai lima negeri, kita mempunyai kuasa untuk meminda kuasa mahkamah syariah.

"Oleh itu, barisan sayap pemuda PAS perlu membantu merealisasikan impian Hadi menguasai lima negeri dan memenangi 40 kerusi Parlimen, ujarnya.

Tags / Kata Kunci: PRU-14 , Nik Mohamad Abduh , Muktamar PAS

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan