Najib Tiba Di Manila Bagi Sidang Kemuncak Asean Ke-30

Diterbitkan: Khamis, 27 April 2017 6:51 PM

Najib Tun Razak bersalaman dengan petugas kedutaan setibanya di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino pada Khamis. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

MANILA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini pada Khamis untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean Ke-30 dan mesyuarat berkaitan pada 26-29 April, 2017 di Metro Manila.

Pesawat yang membawa Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di sini pada 5.30 petang.

Mereka disambut, antaranya oleh Penasihat Presiden bagi Proses Damai Filipina, Jesus F Dureza, bakal Duta Besar Filipina ke Malaysia Charles Jose, Duta Besar Malaysia ke Filipina, Datuk Raszlan Abdul Rashid dan Pegawai Protokol Kedutaan Malaysia, Kolonel Hamzah Ali.

Perdana Menteri mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak itu dan Filipina menjadi tuan rumah pada 2017 susulan peranannya sebagai pengerusi.

Delegasi Perdana Menteri termasuklah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Delegasi itu juga termasuk para pegawai dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Unit Perancang Ekonomi.

Selain menyertai sidang kemuncak itu, Perdana Menteri akan turut mempengerusikan Sidang Kemuncak Kawasan Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) Ke-10 serta menghadiri Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) Ke-12 yang akan dipengerusikan oleh Presiden Filipina, Rodrigo Duterte.

Perdana Menteri juga dijadual menyampaikan ucap tama pada Sidang Kemuncak 'Kesejahteraan Untuk Semua' anjuran Majlis Penasihat Perniagaan Asean (Asean-BAC).

Sidang yang menyaksikan Filipina selaku tuan rumah, bertemakan 'Kerjasama Untuk Perubahan, Melibatkan Dunia,' jelas menggambarkan usaha Manila menggalakkan perpaduan dalam kalangan 10 negara anggota Asean dan rakannya di peringkat global.

Kali terakhir Najib berada di Manila adalah bagi Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik  (APEC) pada 2015.-Bernama

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan