Keputusan Bedah Siasat Mohamad Thaqif Dalam Masa Dua Minggu

Diterbitkan: Khamis, 27 April 2017 1:22 PM

Orang ramai dan rakan-rakan tahfiz menunaikan solat jenazah pelajar tahfiz Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, di kediaman keluarganya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur malam tadi. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Keputusan bedah siasat kematian Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi mungkin akan diketahui dalam tempoh dua minggu lagi, kata Pengerusi Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri, Datuk Ayub Rahmat.

Beliau berkata ini berikutan pihak hospital perlu meneliti terlebih dahulu bentuk masalah dan kesan fizikal yang ada pada tubuh jenazah.

"Akan ambil masa sikit, mungkin dalam masa dua minggu. Itupun bergantung kepada kesediaan pihak hospital, polis dan sebagainya untuk mempercepatkan proses.

"Seperti yang disebut semalam, sebelum proses bedah siasat dilakukan, pihak doktor telahpun menemuramah ibu bapanya, menanya apakah siasatan polis dan merujuk kepada doktor yang menjaganya tentang apakah rekod-rekod kesihatan yang ada," katanya kepada pemberita.

Beliau merasmikan Program Promosi Kesihatan Pergigian dan Pelancaran Carta Flip Bahasa Isyarat Kesihatan Pergigian bagi golongan berkeperluan khas  (pendengaran) peringkat negeri di sini Khamis.

Ayub berkata bedah siasat itu turut mengambil kira pandangan ibu bapa serta kondisi jenazah pelajar tahfiz berusia 11 tahun ini.

"Apabila sudah dibuat pengkiraan, barulah tindakan diambil bagi mencari kebenaran apakah sebab munasabah di sebalik perkara ini," katanya.

Mohamad Thaqif Amin yang dipotong kedua belah kaki hingga paras paha akibat dijangkiti kuman meninggal dunia petang semalam di Hospital Sultan Ismail di sini.

Dia dilapor mengalami masalah kesihatan susulan dipukul warden asrama sekolah tahfiz persendirian tempatnya belajar.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur tengah malam tadi.

Ayub berkata masyarakat tidak perlu cepat membuat keputusan awal dan menghukum sebelah pihak sahaja berhubung kejadian terbabit.

Katanya selagi keputusan bedah siasat belum dimuktamadkan, kes haruslah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk ditentukan.

Beliau juga berkata setakat ini tiada pelajar lain dari madrasah sama dikesan mengalami simpstom seperti Mohamad Thaqif Amin.

Mengenai program pergigian itu, beliau yakin carta flip yang dilancarkan boleh diperluaskan ke seluruh sekolah berkeperluan khas di Malaysia.

Katanya ini berikutan ia akan memudahkan pelajar memahami setiap tindakan yang perlu dilakukan demi menjaga gigi mereka.

"Cara ini adalah yang pertama di Johor dan saya yakin di Malaysia juga. Ia merupakan usaha antara Jabatan Kesihatan Negeri dan pihak sekolah dan disiapkan dalam masa enam bulan," kataya. -Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan