Polis Gesa Semua Henti Spekulasi Kes Pelajar Tahfiz

Diterbitkan: Rabu, 26 April 2017 7:28 PM

Mohamed Sazif (kiri) pada sidang media di IPD Kota Tinggi petang Rabu. Foto: Sinar Harian

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Polis memohon semua pihak untuk menghentikan sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai berhubung kes melibatkan pelajar madrasah tahfiz di sini yang didakwa disebat oleh pembantu warden.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Mohamed Sazif Mohamed Subri berkata, ia bagi menjaga dan tidak menganiaya mana-mana pihak.

Menurutnya, spekulasi yang disebarkan juga akan memberi impak negatif dalam penyiasatan sekiranya asasnya bertentangan dengan fakta sebenar.

"Kita minta semua pihak termasuklah media di luar agar hentikan spekulasi kerana spekulasi yang ditimbulkan akan memberi tekanan kepada kes ini dan orang lain lebih-lebih lagi jika spekulasi tersebut tidak benar.

"Kita di pihak polis memegang kepada objektif dan buat kerja kita siapa salah maka salahlah tetapi kalau betul yang betul tu kita tak mahu  aniaya. Jadi kita minta jasa baik semua pihak,"katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi berhubung kes melibatkan pelajar madrasah tahfiz Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi,11 sebentar tadi.

Mohamed Sazif berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut dan sehingga kini telah merakam percakapan seramai sembilan pelajar madrasah berkenaan berhubung kes tersebut.

"Setakat ini tiada tangkapan lain dilakukan dan hanya melibatkan seorang suspek iaitu pembantu warden yang dikatakan terlibat dalam kes ini.

"Kita juga sudah merakam percakapan pelajar lain bagi membantu siasatan tetapi mereka tidak membuat sebarang laporan polis. Percakapan pelajar juga lebih menjurus kepada kejadian yang berlaku ke atas mangsa,” katanya.

Katanya, pihaknya juga kini sedang menunggu laporan perubatan dan hasil bedah siasat daripada pihak patologi untuk menentukan punca sebenar kematian kanak-kanak tersebut.

"Sekiranya hasil bedah siasat menunjukkan kematian disebabkan unsur yang diragui, kita akan buka siasatan di bawah seksyen yang berkaitan," katanya. - Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: henti spekulasi , Kes pelajar tahfiz

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan