Dewan Negara Lulus Tiga Rang Undang-Undang

Diterbitkan: Rabu, 26 April 2017 3:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga rang undang-undang iaitu Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2017 (Akta 445),  Rang Undang-Undang Mahkamah (Kaedah-Kaedah Permulaan Tindakan Sivil) 2016 dan Rang Undang-Undang Saraan Hakim (Pindaan) 2017 diluluskan di Dewan Negara, Rabu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz (gambar) ketika membentangkan Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2017 berkata rang undang-undang tersebut antara lain bertujuan bagi melaksanakan pertukaran maklumat berkaitan percukaian secara automatik antara kerajaan dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

"Melalui pindaan rang undang-undang ini, pertukaran maklumat dapat diperkemas dan kerjasama aspek pungutan cukai yang lebih efektif berdasarkan maklumat pembayar cukai yang lebih tepat dan terkini, dapat diwujudkan," katanya ketika menggulung rang undang-undang berkenaan.

Othman berkata rang undang-undang itu juga akan membolehkan maklumat berkaitan percukaian bagi syarikat yang berdaftar di Labuan dilaporkan dan standard percukaian antarabangsa dipatuhi.

Pindaan akta berkenaan juga bertujuan meningkatkan pentadbiran cukai, pengenaan pentaksiran dan pemungutan cukai ke atas aktiviti perniagaan luar pesisir yang dijalankan di Labuan atau dari Labuan.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim ketika membentangkan Rang Undang-Undang Mahkamah (Kaedah-Kaedah Permulaan Tindakan Sivil) 2016 berkata selepas rang undang-undang itu berkuat kuasa, semua tindakan sivil di mahkamah di bawah apa jua undang-undang bertulis diseragamkan dengan menggunakan cara permulaan prosiding iaitu Saman Pemula atau Writ, melainkan jika Akta atau Ordinan memberi pengecualian.

Beliau berkata rang undang-undang itu diperlukan memandangkan perundangan sedia ada iaitu Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 hanyalah undang-undang kecil yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada pihak-pihak terlibat untuk menfailkan tindakan.

Rang undang-undang itu kemudian diluluskan tanpa dibahas dan tanpa pindaan.Rang Undang-Undang Saraan Hakim (Pindaan) 2017 pula bertujuan meminda Akta Saraan Hakim 1971 (Akta 45).

Razali berkata antara pindaan yang dicadangkan  ialah seseorang hakim boleh meletakkan jawatannya pada apa-apa umur tanpa kehilangan hak pencennya dengan syarat hakim tersebut telah memegang jawatan untuk tempoh berterusan tidak kurang daripada lima tahun.

Rang undang-undang itu kemudian turut diluluskan tanpa dibahas dan tanpa sebarang pindaan.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Rang Undang-Undang , Lulus , Dewan Negara

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan