Jawatan PM: Bagi Orang Mudalah - Tun M

Diterbitkan: Selasa, 25 April 2017 10:09 AM

Tun Dr Mahathir Mohamad

(Ubah saiz teks)

TASEK GELUGOR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan dirinya sudah terlalu berusia untuk kembali menjawat jawatan perdana menteri.

Katanya, masih ramai golongan muda yang layak untuk jawatan tertinggi itu.

"Tak apalah, saya lagi dua bulan 92 tahun, bagi pada orang mudalah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kesediaannya untuk menjawat jawatan perdana menteri seandainya Pakatan Harapan berjaya mengambil alih kerajaan.

Pada masa  sama, Dr Mahathir  menyifatkan rakyat semakin berminat dengan situasi politik masa kini.

"Kita boleh tengok kehadiran malam ini ramai, ini bermakna rakyat tidak bosan dengan politik.

"Mereka juga berminat dengan politik untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir hadir program Bicara Tun M yang diadakan di Pokok Machang, Tasek Gelugor malam Isnin.

Hadir sama, Naib Presiden  Amanah, Datuk Husam Musa dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Mengulas mengenai beberapa kumpulan ahli parti itu mengumumkan keluar parti ekoran kecewa dengan kepimpinan sedia ada yang  didakwa mengamalkan kronisme dan tiada hala tuju, katanya, tiada  paksaan kepada mana-mana individu untuk keluar parti dan tindakan itu dilakukan mereka sendiri.

Katanya, tiada sekatan untuk tidak lagi menjadi ahli parti.

Mahathir turut menegaskan pihak yang mahu mewujudkan pertandingan tiga penjuru bertindak sebegitu semata-mata menyokong Najib.

"Kita mahu pertandingan satu lawan satu, kalau ada orang  sengaja buat parti nak jadikan lawan tiga penjuru, orang itu adalah penyokong Najib," katanya. -Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: Tun M , jawatan PM , Dr Mahathir

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan